Nak Bertanya Tentang Panggilan Temuduga Kerja, Ini Urus Setia SPA Yang Anda Boleh Rujuk
Tahniah yang dapat panggilan temuduga kerja kerajaan! Anda ada sebarang soalan berkaitan urusan temuduga, siapa yang anda boleh rujuk di SPA? Jangan main hubungi sahaja pegawai SPA, pastikan anda hubungi urus setia yang terlibat bagi sebarang pertanyaan mengenai urusan temuduga pengambilan sesuatu jawatan.
Kenapa perlu hubungi urus setiap terlibat? Ini adalah kerana urus setia tersebut ada maklumat tentang pengambilan atau temuduga anda, jadi mudah untuk mereka menjawab soalan anda.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui individu dan panduan hubungi pihak SPA untuk sebarang pertanyaan berkenaan temuduga.
Isi Kandungan
SIAPA YANG ANDA BOLEH HUBUNGI UNTUK URUSAN TEMUDUGA?
Calon boleh menghubungi urus setia terlibat bagi sebarang pertanyaan mengenai urusan temu duga pengambilan sesuatu jawatan. Maklumat urus setia yang boleh dihubungi adalah sepertimana dinyatakan dalam panggilan temu duga calon.
Maklumat yang perlu disertakan ketika berurusan dengan urus setia terlibat:
- nama penuh DAN nombor kad pengenalan;
- tarikh DAN pusat temu duga;
- dokumen/bukti berkaitan sebagai dokumen sokongan (jika berkenaan); dan
- nyatakan alasan/justifikasi kukuh permohonan pertukaran tarikh/pusat temu duga dalam e-mel anda (jika berkenaan).
PERMOHONAN PERTUKARAN TARIKH
Permohonan pertukaran tarikh temuduga terutama yang melibatkan pusat temuduga di Sabah dan Sarawak perlu dikemukakan dengan segera dengan menyertakan:
- Nama
- Nombor Kad Pengenalan
- Nombor Telefon
- Jawatan
- Tarikh temuduga asal
- Tarikh temuduga baru
- Alasan pertukaran
Maklumat-maklumat ini penting bagi mendapatkan kebenaran dan pertimbangan Suruhanjaya. Hanya permohonan pertukaran yang betul-betul menasabah dan layak sahaja akan dipertimbangkan.
Baca juga: Bilakah Calon Akan Dipanggil Temuduga Setelah Mohon Jawatan Dalam SPA9?
Semoga bermanfaat!