Cara Mohon Jawatan Penolong & Pegawai Penyelidik MOSTI Dengan Minima Diploma/ Degree

Berminat nak jadi Pegawai Penyelidik Agensi Angkasa Malaysia? Berita baik buat semua graduan dari pelbagai bidang pengajian! Agensi Angkasa Malaysia (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi) kini membuka peluang kerja kosong bagi pengambilan calon jawatan Penolong & Pegawai Penyelidik kepada sesiapa yang berminat.

Permohonan boleh dibuat secara online melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) dengan mudah. Untuk mohon pengambilan yang dibuka ini, pastikan anda mohon selewat-lewatnya pada 24 Julai 2022.

Nak tahu info lanjut berkenaan jawatan MOSTI yang ditawarkan dan panduan buat permohonan, ikuti perkongsian di bawah.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama majikan: Agensi Angkasa Malaysia (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi)
  • Nama Jawatan: Penolong Pegawai Penyelidik Q29 & Pegawai Penyelidik Q41
  • Lokasi: Seluruh Malaysia
  • Tarikh tutup: 24 Julai 2022

SYARAT KELAYAKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Penolong Pegawai Penyelidik Q29

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan mendapat Prinsipal dalam subjek Matematik atau salah satu subjek sains
    (Gaji Permulaan pada Gred Q29 : RM1,496.00); atau
  • Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred Q29 : RM1,496.00); atau
  • Sijil Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji Permulaan pada Gred Q29 : RM1,496.00);atau
  • Diploma dalam bidang sains yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred Q29 : RM1,774.37); atau
  • Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred Q29 : RM1,849.57); atau

Pegawai Penyelidik Q41

  • ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang sains yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,315.00); atau
  • ijazah sarjana muda dalam bidang pertanian atau perikanan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,418.66); atau
  • ijazah Sarjana Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,522.44); atau
  • ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,730.00); atau
  • ijazah sarjana dalam bidang sains atau kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,833.78); atau
  • ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains atau kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM3,145.11).

CARA MOHON JAWATAN MELALUI SPA9

Langkah 1

Log masuk ke laman spa9.spa.gov.my. Sekiranya anda masih belum mendaftar akaun sistem permohonan SPA9, baca:

[450 Kekosongan] Cara Mohon Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Ambilan 2022

Langkah 2

Pergi ke bahagian Maklumat Pemohon dan klik Jawatan Dimohon

[450 Kekosongan] Cara Mohon Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Ambilan 2022

Langkah 3

Pergi ke bahagian IJAZAH . Pilih jawatan Pegawai Siasatan Gred P41 di bahagian pilihan jawatan. Klik +Tambah.

Cara Mohon Kerja Pegawai Siasatan Di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 

*Maksimum jawatan yang boleh dimohon ada 15 sahaja. 

Langkah 4

Jawatan yang dipilih akan ditambah di bahagian Jawatan Pilihan. Klik Seterusnya

[450 Kekosongan] Cara Mohon Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Ambilan 2022

Langkah 5

Senarai jawatan dimohon dan maklumat lengkap anda akan dipaparkan untuk pengesahan. Jika semua maklumat betul, klik Seterusnya.

[450 Kekosongan] Cara Mohon Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Ambilan 2022

Langkah 6

Baca perakuan pemohon seperti yang tertera dan tick pada kotak SETUJU jika anda setuju. Klik HANTAR.

[450 Kekosongan] Cara Mohon Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Ambilan 2022

Slip Akuan Pendaftaran Permohonan Jawatan SPA akan dipaparkan yang mengandungi maklumat anda beserta senarai jawatan yang dimohon. Sila simpan dan cetak Slip Pendaftaran untuk kegunaan pada masa akan datang (terutama bagi bekas pelajar tajaan biasiswa).

Untuk elakkan anda melakukan kesilapan semasa permohonan jawatan di SPA, baca 6 Sebab Calon Masih Tidak Mendapat Panggilan SPA.

Selamat memohon!

IKLAN JAWATAN KOSONG

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma