Pas Keluarga Malaysia: Pas Perjalanan Rapid KL Tanpa Had Serendah RM15 Untuk 4 Orang

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah melancarkan pas Keluarga Malaysia bagi menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan awam. Pas yang dikeluarkan oleh Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) itu membolehkan empat individu dalam satu kumpulan menikmati perjalanan satu hari tanpa had dengan harga cuma RM15.

Ini bermakna setiap seorang di dalam kumpulan ini hanya membayar RM3.75 untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam di bawah kendalian Rapid KL sepanjang hari.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran pas Keluarga Malaysia dan panduan mendapatkan pas tersebut.

PAS KELUARGA MALAYSIA

Pas Keluarga Malaysia adalah tawaran pas perjalanan oleh Prasarana yang membolehkan empat individu dalam satu kumpulan menikmati perjalanan satu hari TANPA HAD pada Sabtu, Ahad dan cuti umum dengan kadar harga yang rendah iaitu:

  • Harga Pas Keluarga Malaysia: RM15 (untuk 4 individu)

Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah boleh buat perjalanan secara PERCUMA.

Dengan harga RM15, 4 orang dalam kumpulan ini boleh membuat perjalanan tanpa had dengan menggunakan perkhidmatan di bawah kendalian Rapid KL sepanjang hari, iaitu:

  • LRT
  • MRT
  • Monorel
  • Bas Rapid Transit (BRT)

MATLAMAT PAS KELUARGA MALAYSIA

Inisiatif pengenalan pas Keluarga Malaysia ini bertujuan untuk:

  • Menggalakkan keluarga Malaysia beriadah, bersiar-siar dan menghabiskan masa berkualiti dengan orang tersayang sambil mengunjungi pusat-pusat beli belah atau tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar jaringan pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan Selangor
  • Menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam

TARIKH TAWARAN PAS KELUARGA MALAYSIA

Untuk makluman anda, Pas Keluarga Malaysia itu akan mula dijual pada:

  • 1 Disember 2021

CARA DAPATKAN PAS KELUARGA MALAYSIA

Pas Keluarga Malaysia boleh didapatkan dengan membuat pembelian pada tarikh yang ditetapkan daripada Pejabat Perkhidmatan Pelanggan Rapid KL di lokasi berikut:

  • Semua stesen LRT
  • Semua stesen Monorel
  • Semua stesen MRT
  • Semua stesen BRT

Pastikan anda bawa bersama kad pengenalan di mana-mana lokasi yang dinyatakan di atas untuk membuat pembelian Pas Keluarga Malaysia.

PAKEJ TRANSIT UNTUK PKS

Perdana Menteri juga turut mengumumkan bahawa Prasarana, menerusi anak syarikatnya Prasarana Integrated Development Sdn Bhd (PIDE) akan menawarkan Pakej Transit untuk Pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) mulai bulan Mac 2022.

Menerusi pakej ini:

  • Sejumlah 20 lot perniagaan, bersaiz antara 80 hingga ke 400 kaki persegi di beberapa laluan akan ditawarkan kepada pengusaha IKS secara cabutan lot
  • Mereka yang berjaya akan menikmati struktur sewaan istimewa selama setahun termasuk pengecualian sewa selama tiga bulan

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh baca Soalan Lazim di laman Rapid KL atau hubungi Rapid KL melalui laman facebook atau emel ke alamat suggest@rapidkl.com.my.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma