Senarai Parti Politik Berdaftar Untuk Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15)

Teka teki mengenai tarikh Pilihan Raya Umur ke-16 (PRU15) akhirnya terjawab! Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengadakan mesyuarat khas pada jam 10,05 pagi Khamis menetapkan bahawa PRU15 akan diadakan pada 19 November 2022 dan jatuh hari Sabtu.

Untuk rekod, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 10 Oktober lalu mengumumkan Parlimen ke-14 dibubarkan untuk memberi laluan kepada PRU15. SPR kini telah menyenaraikan parti-parti politik yang berdaftar untuk PRU-15.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui fakta berkenaan calon dan senarai parti berdaftar.

Baca: Tarikh Rasmi Mengundi: Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) Diadakan 19 November 2022

FAKTA UMUM CALON

Menjadi Ahli Parlimen atau Dewan Undangan Negeri

Untuk menjadi seorang ahli Dewan Rakyat (Parlimen), seseorang itu mestilah dicalonkan dan memenangi dalam pilihan raya bahagian Parlimen. Begitu juga halnya jika seseorang itu mahu menjadi seorang ahli Dewan Undangan Negeri bagi mana-mana negeri maka orang itu mestilah dicalonkan dan memenangi pilihan raya Dewan Undangan Negeri.

Syarat Kelayakan Menjadi Calon

Pilihan Raya Dewan Rakyat

  • Seorang warganegara Malaysia dan bermastautin di dalam Persekutuan (Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan) semasa pencalonan.
  • Berumur tidak kurang daripada lapan belas (18) tahun pada hari penamaan calon.

Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri

  • Seorang warganegara Malaysia dan bermastautin di dalam negeri di mana ia ingin bertanding.
  • Berumur tidak kurang daripada dua puluh satu (21) atau lapan belas (18) tahun berdasarkan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Negeri/Undang-Undang Tubuh Kerajaan/Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan/Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan negeri masing-masing pada hari penamaan calon.

Hilang Kelayakan Menjadi Calon

  • Didapati atau disahkan sebagai orang tidak sempurna akal;
  • Seseorang bankrap yang belum lepas;
  • Seseorang yang memegang “jawatan berpendapatan”;
  • Seseorang itu apabila telah dicalonkan untuk pilihan raya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri atau menjadi Ejen Pilihan Raya kepada orang yang telah dicalonkan, dia telah gagal untuk mengemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya seperti yang dikehendaki oleh undang-undang di dalam masa dan cara yang dikehendaki;
  • Seseorang yang telah disabitkan dengan kesalahan oleh mahkamah di dalam Persekutuan (atau sebelum hari Malaysia di dalam kawasan-kawasan Sabah atau Sarawak atau Singapura) dan dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu (1) tahun atau didenda tidak kurang daripada dua ribu ringgit Malaysia (RM2,000.00) dan belum menerima pengampunan;
  • Didapati telah mendapat kewarganegaraan atau telah menggunakan hak kewarganegaraan negara asing atau telah membuat pengakuan taat setia kepada mana-mana negara asing.

Deposit

Undang-undang menetapkan seseorang yang ingin bertanding dalam pilihan raya dikehendaki mengemukan wang deposit yang ditetapkan seperti berikut:
Jika wang deposit tidak disertakan, kertas penamaannya dianggap sebagai tidak lengkap dan Pegawai Pengurus berkuasa untuk tidak menerima kertas penamaan tersebut.

  • Pilihan Raya Parlimen- RM10,000.00
  • Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri- RM5,000.00

Deposit Bahan Kempen Pilihan Raya

Calon-calon hendaklah membayar deposit bahan kempen pilihan raya seperti berikut:
Sekiranya calon gagal mengemukakan deposit bahan kempen adalah tidak dibenarkan untuk memasang atau mempamer sebarang bahan kempen pilihan raya. Jika disabit kesalahan di bawah Sekyen Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 berkaitan dengan pekara tersebut, Calon berkenaan boleh dihukum penjara selama tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau kedua-duanya sekali.

  • Pilihan Raya Parlimen- RM5,000.00
  • Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri- RM3,000.00

Keistimewaan Untuk Seseorang Calon Pada Hari Mengundi

Calon adalah dibenarkan melawat tempat-tempat berikut:

  • Tempat mengundi/mengira undi.
  • Pusat mengira undi berpusat dan berkelompok.
  • Pusat pengeluaran, pembukaan dan pengiraan undi pos.
  • Pusat Penjumlahan Rasmi Undi.

PARTI YANG BERDAFTAR

Berikut adalah senarai 63 parti yang berdaftar dengan SPR untuk PRU-15:

Rujuk: Panduan Buat Semakan Daftar Pemilih & Pusat Mengundi SPR 2022

SIMBOL CALON BEBAS

Berikut adalah simbol-simbol bagi calon bebas:

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma