JKM Kongsi Panduan Pemilihan Pengasuh Di Rumah
Kes penderaan kanak-kanak di negara kini agak membimbangkan yang bukan sahaja berlaku akibat daripada pengasuh warga asing, malah pengasuh warganegara Malaysia pun ada. Sebagai Ibu bapa dan penjaga yang prihatin, pemilihan pengasuh di rumah juga perlu diambil perhatian.
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menasihatkan ibu bapa dan penjaga untuk sentiasa memastikan pemilihan pengasuh di rumah mengikut panduan yang betul seperti yang dikongsikan. Hal ini adalah bagi mengelakkan perkara yang tidak diingin berlaku nanti.
Ikuti perkongsian di bawah untuk dapatkan panduan pemilihan pengasuh sebelum menghantar anak-anak anda seperti yang dikongsikan oleh JKM.
PANDUAN PEMILIHAN PENGASUH DI RUMAH
Sebelum menghantar anak ke pengasuh di rumah, ibu bapa hendaklah memastikan:
- Persekitaran
– Pemantauan anak
– Ruang aktiviti yang luas
– Bersih dan selamat - Peribadi pengasuh
– Berpenampilan bersih
– Mesra dan beri kerjasama
– Ada eye contatct & responsif - Pengalaman dan kelayakan pengasuh
– Berpengalaman
– Latihan dan kelayakan
– Merancang aktiviti anak
– Tahu talian kecemasan - Keluarga/ ahli isi rumah tinggal bersama
– Bilangan ahli keluarga pengasuh yang tinggal bersama
– Mengenali ahli keluarga pengasuh - Perkhidmatan pengasuh sedia ada
– Tidak menjaga melebihi 3 orang kanak-kanak
Sekiranya anda mendapati sebarang bentuk penderaan atau pengabaian terhadap kanak-kanak berlaku di sekeliling anda. Laporkan terus dengan pihak berkuasa PDRM atau hubungi Talian Kasih 15999 atau WhatsApp di 019 2615999 dengan SEGERA.