Panduan Permohonan MyKid Untuk Anak Di JPN & Dokumen Diperlukan

Sebelum ini Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah memaklumkan pengeluaran MyKid ditangguhkan sehingga bulan Mac 2022 bagi memberikan laluan untuk proses penambahbaikan sistem pengeluaran MyKid. Namun kini, Ibu bapa yang mempunyai anak berumur 12 tahun ke bawah dah boleh mohon MyKid!

MyKid ini penting ya untuk pelbagai kegunaan termasuk digunakan semasa berurusan dengan jabatan atau agensi-agensi seperti hospital atau klinik bagi tujuan pemeriksaan kesihatan, persekolahan dan sebagainya. Banyak lagi kegunaan MyKid ini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan MyKid dan panduan buat permohonan MyKid.

APA ITU MYKID

MyKid merupakan kad pengenalan atau pengenalan diri kanak-kanak bercip yang dikeluarkan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun.Ciri MyKid adalah sama seperti MyKad cuma ia tidak mempunyai gambar dan cap jari.

” My ” membawa maksud “Malaysia” manakala ” Kid ” pula adalah singkatan kepada ” Kad Identiti Diri “. Nombor pengenalan diri yang terdapat pada MyKid ini akan digunakan di dalam semua urusan dari lahir hingga ke akhir hayat.

MyKid boleh dipohon oleh semua kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur di bawah 12 tahun.

MyKid mengandungi 3 aplikasi utama yang terkandung di dalam cip iaitu:

  • Aplikasi JPN (data kelahiran)
  • Maklumat kesihatan
  • Maklumat pendidikan

KELEBIHAN MYKID

Antara kelebihan kegunaan MyKid ini adalah:

  • Mengurangkan penggunaan borang semasa berurusan dengan agensi kerajaan atau swasta
  • Digunakan semasa berurusan dengan jabatan atau agensi-agensi seperti hospital atau klinik bagi tujuan pemeriksaan kesihatan, persekolahan dan sebagainya.
  • Mudah dibawa kerana bersaiz kecil
  • Mempunyai ciri keselamatan untuk mengelak dari disalahgunakan.
  • Berteknologi cip di mana maklumat boleh dibaca pada kad atau di dalam cip. Maklumat dalam cip tersebut juga mudah untuk dikemaskini.
  • Bentuk cantik dan menarik

DOKUMEN DIPERLUKAN

Ibu atau bapa mestilah bawa bersama dokumen berikut untuk buat permohonan MyKid:

  • Sijil Kahwin (Asli dan salinan)
  • Sijil Lahir Anak (Asli dan Salinan)
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu & Bapa

PROSEDUR PERMOHONAN MYKID

Untuk makluman anda hanya Ibu atau Bapa sahaja yang BOLEH membuat MyKid untuk anak. Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk buat MyKid. Berikut adalah panduan permohonan MyKid di kaunter JPN/ UTC:

  1. Sila ke JPN atau UTC bersama dokumen yang dinyatakan
  2. Sampai di JPN, pergi ke kaunter untuk ambil nombor dan pegawai bertugas akan minta sijil lahir asli anak
  3. Anda akan terima kertas untuk diserahkan ke kaunter lain
  4. Tunggu nama dipanggil untuk ambil MyKid anak

Mudah kan nak buat permohonan MyKid untuk anak? Untuk memudahkan urusan anda, anda dinasihatkan untuk hubungi pejabat JPN/ UTC berdekatan anda terlebih dahulu untuk tahu adakah permohonan MyKid tersedia di daerah anda.

Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma