Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) • Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •

Panduan Menuntut Ilmu Secara Atas Talian Agar Sesi Pembelajaran Tidak Sia-sia

Oleh Cikgu Shaari • October 21, 2020 • 2 min baca

Panduan Menuntut Ilmu Secara Atas Talian Agar Sesi Pembelajaran Tidak Sia-sia
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Memandangkan penularan wabak Covid-19 kini masih tiada hentinya, pelajar dari semua Institut Pengajian Tinggi (IPT) terpaksa menjalani kelas secara atas talian. Bukan sahaja pelajar IPT, malah pelajar dari sesetengah sekolah juga perlu menghadiri kelas secara atas talian.

Namun, pelajar tidak patut terlepas pandang dengan adab-adab yang perlu dijaga sepanjang pembelajaran yang dijalankan secara dalam talian.

Ikuti perkongsian di bawah untuk panduan menuntut ilmu secara dalam talian.

PANDUAN MENUNTUT ILMU SECARA ONLINE

Panduan Menuntut Ilmu Secara Atas Talian Agar Sesi Pembelajaran Tidak Sia-sia

Bersedia

Perkara pertama yang anda perlu ambil perhatian adalah pastikan anda sentiasa bersedia untuk hadiri kelas dalam talian. Jika kelas pagi pastikan anda bangun awal sekurang-kurangnya 1 jam dan bersedia sebelum memulakan pembelajaran.

Sekiranya kelas bermula tengah hari atau petang, pastikan anda bersedia di hadapan komputer lebih awal sebelum kelas bermula. Jangan pula 5 minit sebelum kelas bermula baru kelam kabut nak cari komputer riba.

Masa

Yang kedua, Jaga masa! Sentiasa tepati waktu kelas bermula dan jangan biarkan rakan dan guru/pensyarah anda menunggu. Sebenarnya agak tidak sopan sekiranya anda tiba lebih lewat daripada pendidik anda. Pastikan anda sentiasa hormati orang yang memberi ilmu kepada anda.

Maklum

Sekiranya ada urusan penting yang memang tidak dapat dielakkan, pastikan anda maklumkan kepada pendidik lebih awal. Maklumkan bahawa anda tidak dapat sertai kelas. Jangan biarkan pendidik anda terpaksa hubungi anda untuk pastikan anda sertai kelas.

Boleh sertai kelas tetapi mungkin lambat? Maklumkan juga supaya orang tidak tertunggu-tunggu.

Tanggungjawab

Jalankan tanggungjawab anda dengan menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan. Jangan terlalu ambil mudah dengan setiap tugasan yang diberi. Selesaikan macam biasa

Tatatusila

Bincang dengan guru secara peribadi dan gunakan ayat yang sopan dan berhemah jika mempunyai sebarang pertanyaan atau permasalahan. Bukan sahaja tatatusi dari segi percakapan sahaja yang perlu dijaga, dari segi pemakaian pun pastikan sopan.

Sebagai pelajar yang menerima ilmu tidak kira dalam kelas secara bersemuka ataupun secara dalam talian, pastikan anda sentiasa menjaga adab ketika berhadapan dengan pendidik anda. Adab-adab ini penting agar ilmu yang diperoleh berkat.

Semoga bermanfaat!

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.