Pakej Bantuan Rakyat 3.0: Permohonan Bantuan Peniaga RM500 Kini Dibuka
Kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengenal pasti lima kumpulan sasaran pertama bagi menerima pakej bantuan rakyat Pulau Pinang bernilai RM20 juta kepada mereka yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) musim kedua.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata kumpulan ini akan menerima lebih RM10 juta daripada jumlah keseluruhan pakej bantuan itu. Bantuan diberikan demi membantu golongan terjejas meneruskan kehidupan.
Untuk makluman anda, permohonan bantuan bagi kumpulan sasaran ini kini dibuka. Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan.
Isi Kandungan
MATLAMAT BANTUAN
Dimaklumkan bahawa sebanyak RM10 juta akan diagihkan kepada lima kumpulan sasaran pertama bagi:
- Melancarkan aliran tunai
- Mengurangkan impak & kos operasi yang terpaksa ditanggung dalam tempoh pelaksanaan PKP
5 KUMPULAN SASARAN
Beliau berkata antara kumpulan sasaran iaitu peniaga dan penjaja berlesen yang akan menerima bantuan kewangan ini adalah:
- Penarik beca
- Pengusaha kantin
- Perkhidmatan gunting rambut
- Perkhidmatan salun kecantikan dan spa
- Perkhidmatan pusat refleksologi & perkhidmatan bekam
KADAR BANTUAN
Kadar bantuan diberikan mengikut jenis perniagaan seperti berikut:
PERUNTUKAN KHAS RM30,000
Selain itu, Chow juga berkata peruntukan khas sebanyak RM30,000 kepada:
- 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
- Ahli Parlimen Kerajaan Negeri
- ADUN Angkat
- Pegawai Penyelaras KADUN
- Pegawai Penyelaras Khas Parlimen
Peruntukan khas ini adalah untuk membolehkan bantuan kepada rakyat yang terkesan dengan PKP 2.0 dapat disalurkan dengan segera.
Khamis lepas, Kerajaan Negeri Pulau Pinang meluluskan pakej kewangan RM20 juta bertujuan memberi kelegaan kepada kumpulan sasaran yang terjejas oleh pelaksanaan semula PKP.
CARA MOHON PAKEJ BANTUAN RAKYAT PULAU PINANG
Peniagan dan penjaja yang layak untuk mohon perlu membuat pengesahan:
- Butiran perniagaan
- Maklumat individu
- Sertakan maklumat akaun bank untuk tujuan penyaluran bantuan
Permohonan bantuan adalah dibuka mulai 25 Januari 2021 hingga 28 Februari 2021. Semakan dan permohonan boleh dibuat melalui Portal e-lesen Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di pautan berikut: