Tips & Contoh Pakaian Yang Sesuai Untuk Temuduga Calon Guru (Lelaki & Perempuan)
Anda dah berjaya hantar permohonan bagi pengambilan Guru! Temuduga mungkin akan dilaksanakan bila-bila masa sahaja dalam masa terdekat, jadi calon boleh buat persediaan dari sekarang.
Calon yang betul-betul berminat nak jadi seorang guru, pastikan anda tetapkan matlamat untuk LULUS temuduga kali ini kerana peluang untuk menjadi guru adalah cerah melalui pengambilan ini. Untuk temuduga kali ini, anda mestilah menampakkan diri anda ada ciri-ciri seorang guru.
Salah satu usaha yang anda boleh buat adalah berpenampilan mengikut etika seorang guru yang betul. Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui tips dan contoh pakaian yang sesuai untuk temuduga calon guru.
Rujuk: Tips Ringkas Temuduga Guru SPP & Konsep Pendidikan Yang Perlu Dihafal – Perkongsian Pensyarah UPSI
Isi Kandungan
TIPS PAKAIAN TEMUDUGA CALON GURU
Berikut adalah tips etika pakaian yang sesuai untuk temuduga calon guru:
Calon Guru Lelaki
- Berpakaian formal, kemas dan bertali leher
- Pastikan anda mengenakan baju kemeja. Baju T adalah TIDAK DIBENARKAN
- Walaupun temuduga mungkin secara online, pastikan anda berseluar panjang. Gunakan seluar slack yang sesuai. Semua jeans TIDAK DIBENARKAN
- Memakai kasut dan stokin
- Berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju.
- Rambut berwarna dan fesyen yang terlalu keterlaluan tidak dibenarkan
Calon Guru Wanita
- Berpakaian formal, sopan, kemas dan tidak menjolok mata
- Pakai baju kurung dengan warna yang sesuai dengan tudung yang dipakai
- Baju T dan seluar jeans adalah tidak dibenarkan
- Pastikan solekan dan aksesori sederhana sahaja
- Tudung yang dipakai mestilah dikemaskan dan tidak terlalu singkat atau terlalu berfesyen
- Bagi yang tidak bertudung, kemaskan rambut dan jangan terlalu berfesyen
CONTOH PAKAIAN TEMUDUGA CALON GURU
Rujuk contoh di bawah untuk pakaian yang sesuai bagi menghadiri temuduga calon guru lelaki dan perempuan:
Calon Lelaki
Calon Wanita
Rujuk: 70+ Contoh Soalan Temuduga Guru Pengambilan Khas SPP Secara One-Off
Tak tahu nak study apa untuk persediaan temuduga guru nanti? Anda boleh rujuk senarai topik pendidikan yang boleh anda study di bawah: