Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat diperuntukkan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) Ceraian SR.5.2.1 kepada pegawai perkhidmatan awam bagi menziarahi jenazah dan membantu urusan berkaitan kematian ahli keluarga terdekat. Selaras dengan pengumuman inisiatif baharu oleh YAB Perdana Menteri semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 pada 30 Ogos 2022 […]