Senarai Opsyen Bagi Pengambilan Khas Guru KPM Untuk Graduan Bukan Pendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui persetujuan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) dengan ini mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk memohon dalam Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara Contract of Service (CoS) di sekolah-sekolah KPM seluruh negara.

Tawaran pengambilan khas kali ini dibuka untuk semua graduan yang tiada ikhtisas pendidikan. Ini bermakna, mana-mana graduan bukan pendidikan yang berminat nak jadi guru boleh mohon pengambilan yang dibuka ini.

Semak senarai opsyen/ mata pelajaran yang ditawarkan di perkongsian bawah.

PENEMPATAN PENGAMBILAN KHAS GURU

Pengambilan Khas PPP bagi penempatan di:

  • Sekolah Kebangsaan (SK)
  • Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC); dan
  • Sekolah Menengah (Aliran Perdana/ Teknik dan Vokasional)

SENARAI OPSYEN PENGAMBILAN KHAS GURU KPM

Sekolah Kebangsaan (SK)

  1. Pendidikan Islam
  2. Bahasa Inggeris
  3. Pendidikan Seni Visual
  4. Pendidikan Moral
  5. Reka Bentuk dan Teknologi
  6. Sejarah
  7. Pendidikan Khas
  8. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
  9. Bimbingan dan Kaunseling
  10. Bahasa Iban
  11. Bahasa Kadazandusun
  12. Bahasa Semai
  13. Pendidikan Muzik
  14. Pendidikan Awal Kanak-kanak

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

  1. Pendidikan Seni Visual
  2. Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan
  3. Pendidikan Moral
  4. Bahasa Melayu
  5. Bahasa Inggeris
  6. Pendidikan Muzik
  7. Sejarah
  8. Reka Bentuk dan Teknologi
  9. Pendidikan Islam
  10. Bimbingan dan Kaunseling
  11. Matematik
  12. Pendidikan Khas

Sekolah Menengah (Aliran Perdana)

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Pendidikan Islam
  4. Pendidikan Moral
  5. Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
  6. Reka Bentuk dan Teknologi
  7. Pendidikan Seni Visual
  8. Reka Cipta
  9. Tahfiz
  10. Dini
  11. Bahasa Iban
  12. Bahasa Kadazandusun
  13. Bimbingan Dan Kaunseling
  14. Pendidikan Khas

Sekolah Menengah (Aliran Teknik dan Vokasional)

  1. Teknologi Elektrik
  2. Teknologi Elektronik
  3. Teknologi Pemesinan Industri
  4. Teknologi Kimpalan (Kimpalan dan Fabrikasi Logam)
  5. Teknologi Automotif
  6. Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
  7. Teknologi Pembinaan
  8. Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian
  9. Seni Kulinari
  10. Bakeri dan Pastri
  11. Seni Reka Fesyen
  12. Kosmetologi
  13. Pendidikan Awal kanak-kanak
  14. Insuran
  15. Pengurusan Peruncitan
  16. Agroindustri Tanaman
  17. Agroindustri Ternakan Ruminan
  18. Teknologi Mekanisasi Agro
  19. Bioteknologi
  20. Akuakultur
  21. Hortikultur
  22. Senibina Landskap
  23. Pemprosesan Hasil Pertanian
  24. Florikultur
  25. Agroindustri Ternakan Poultri
  26. Teknologi Enjin Marin
  27. Teknologi Pembuatan Bot

Calon boleh rujuk syarat kelayakan dan panduan permohonan pengambilan khas guru KPM buat graduan bukan pendidikan di bawah:

syarat & cara mohon guru kpm

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma