Pengoperasian IPT Seluruh Negara Sepanjang Tempoh Lockdown (1 Hingga 14 Jun 2021)

Susulan pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun 2021 hingga 14Jun 2021, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ingin memaklumkan mengenai pengoperasian Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di seluruh negara sepanjang tempoh berikut.

Para pelajar dan kakitangan kerja IPT diminta ambil perhatian dengan pengoperasian IPT yang di telah dikeluarkan oleh KPT ini bagi bersama-sama menyokong usaha kerajaan dalam mengekang penularan wabak Covid-19.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pengoperasian IPT sepanjang tempoh lockdown.

KEBERADAAN PELAJAR

  • Pelajar berkeperluan yang telah berada di kampus diminta untuk terus kekal berada di kampus
  • Bagi pelajar berkeperluan yang masih belum pulang ke kampus diminta untuk menangguhkan pergerakan sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Pelajar perlu kekal berada di lokaliti masing-masing dan meneruskan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian
  • Pelajar perlu berada di dalam kampus dan hanya dibenarkan keluar dengan kebenaran pengurusan IPT dan pematuhan SOP

AKTVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

  • Semua aktiviti PdP secara bersemuka adalah TIDAK DIBENARKAN
  • Aktiviti penyelidikan yang melibatkan kemudahan makmal dan peralatan khas yang berkeperluan sahaja dan secara individu adalah dibenarkan dengan kebenaran ketua jabatan mengikut SOP yang ketat
  • Pihak IPT bertanggungjawab untuk memastikan SOP dipatuhi oleh semua pelajar berkenaan
  • Pelajar luar kampus yang terlibat dengan aktiviti penyelidikan yang memerlukan kemudahan makmal dan peralatan khas, perlu mendapatkan surat kebenaran keluar masuk kampus dari IPT masing-masing

KEHADIRAN STAF AKADEMIK DAN BUKAN AKADEMIK

  • 100% Bekerja Dari Rumah (BDR). Kehadiran ke pejabat hanya boleh dibenarkan bagi proses kerja yang tidak boleh dilaksanakan secara BDR.
  • Kehadiran staf akademik dan bukan akademik bagi semua IPT hendaklah tidak melebihi 20% dan penggiliran kakitangan adalah bagi tempoh maksimum 4 jam sahaja
  • Staf akademik dan bukan akademik tidak dibenarkan hadir ke pejabat kecuali untuk perkhidmatan perlu dengan disertai dokumen arahan rasmi daripada IPT masing-masing dan pas kerja
  • Semua mesyuarat dilaksanakan secara dalam talian melalui medium yang selamat dan terjamin kerahsiaan.

PELAKSANAAN AKTIVITI PELAJAR

  • Semua aktiviti pelajar termasuk kelab, persatuan dan ko-kurikulum yang dilaksanakan secara bersemuka dan berkumpulan adalah TIDAK DIBENARKAN
  • Semua aktiviti sosial, keagamaan, ekonomi, sukan dan rekreasi secara berkumpulan adalah tidak dibenarkan
  • Aktiviti sukan dan rekreasi yang dilakukan secara individu di kawasan terbuka tanpa bersentuhan fizikal terhad kepada joging dan senaman sahaja dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 2 – 3 meter
  • Pelaksanaan program / aktiviti pelajar adalah secara dalam talian sahaja

PENGOPERASIAN SEKTOR PERKHIDMATAN PERLU DI KAMPUS

  • Perkhidmatan perlu seperti bank, farmasi, kedai runcit, dobi dan kafeteria dibenarkan beroperasi mengikut SOP dan masa yang telah ditetapkan oleh Kerajaan
  • Bagi perkhidmatan kafeterian, penyediaan makanan adalah secara pack food sahaja
  • Penggunaan fasiliti guna sama di asrama dan kampus perlu dipantau bagi memastikan penguatkuasaan SOP

PELAKSANAAN PEPERIKSAAN ANTARABANGSA & BADAN PROFESIONAL

  • Pelajar yang menduduki peperiksaan antarabangsa atau badan profesional dibenarkan tertakluk kepada pematuhan SOP yang ketat
  • Penjadualan peperiksaan antarabangsa dan badan profesional ini diuruskan sepenuhnya oleh organisasi profesional dan antarabangsa
  • IPT hanya membuat penyelarasan dari segi kemudahan fasiliti sahaja. Sebarang perubahan dari segi penjadualan adalah tertakluk kepada organisasi tersebut

Kementerian prihatin dan menyedari kepentingan dalam memastikan keperluan program pengajian pelajar IPT berjalan dengan sempurna walaupun berhadapan dengan cabaran pandemik Covid-19.

Para pelajar boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengoperasian IPT dalam tempoh PKP melalui Bilik Gerakan Covid-19 KPT yang dibuka 24 jam di talian 03 8870 6777/ 6949/ 6623/ 6628, melayari laman web IPT atau terus menghubungi IPT masing-masing.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma