Lebih 88 Peratus Netizen Setuju PKP Dilanjutkan Lagi Selepas 14 April 2020. Apa Kata Anda
Seperti yang kita tahu PKP fasa kedua ini dijadualkan bakal berakhir pada 14 April 2020. Keputusan sama ada PKP ini bakal dilanjutkan atau tidak dijangka bakal diumumkan pada esok hari iaitu 10 April 2020.
Adakah Negara Malaysia akan mengikut langkah yang diambil oleh Australia dan Jepun? Kemungkinannya agak tinggi. Jika keluk kumulatif kes jangkitan Covid-19 ini tidak menurun sehingga sampai tempoh perintah berkurung Negara Malaysia iatu 14 April 2020, maka amatlah tinggi kemungkinan berlakunya lanjutan tempoh kawalan pergerakan.
Seperti yang kita lihat hari demi hari jumlah penambahan jangkitan di negara kita semakin meningkat dan kes kematian kian bertambah. Tak kurang juga jumlah individu yang ingkar arahan PKP semakin meningkat yang menyebabkan kemungkinan pelanjutan PKP semakin besar.
Isi Kandungan
LEBIH 88% NETIZEN SETUJU PKP DILANJUTKAN
Menurut Kementerian Kesihatan dan Pengarah Kesihatan, pelanjutan PKP ini bergantung kepada pematuhan rakyat Malaysia bagi arahan PKP yang dikeluarkan oleh kerajaan. Namun jika dilihat daripada jumlah individu yang ingkar arahan PKP semakin meningkat hari demi hari, adalah kemungkinan besar untuk PKP dilanjutkan ke fasa ketiga.
Di bawah merupakan poll undian khas yang dijalankan oleh chanel Telegram MKN rasmi. Cuba anda lihat jumlah vote dari netizen.
Menerusi Telegram rasmi Majlis Keselamatan, pihak Majlis telah membuat survey kepada orang awam mengenai wajarkah PKP dilanjutkan selepas 14 April 2020. Survey ini adalah bertujuan untuk melihat pendapat orang ramai bagi pelanjutan ini.
Jika dilihat daripada survey di atas, sebanyak 88 peratus netizen daripada lebih 206.7 ribu pengundi bersetuju PKP dilanjutkan selepas 14 April. Hanya 12 peratus sahaja tidak bersetuju. Ini menunjukkan jumlah yang besar netizen bersetuju untuk lanjutkan PKP.
Jadi tidak mustahil lah jika PKP bakal berlanjutan.
APA KATA ANDA?
Bagaimana pula pendapat anda? Adakah anda sudah bersedia jika PKP dilanjutkan? Walau bagaimanapun, keputusan pelanjutan PKP ini akan ditentukan oleh kerajaan dan akan diumumkan pada esok hari iaitu 10 April 2020. Apa yang kita perlu lakukan adalah bersedia untuk hadapi apa jua yang akan berlaku.
Ada baiknya juga jika PKP ini dilanjutkan demi menjamin keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia. Walaupun ada tanda-tanda kita dapat tangani COVID-19 sekarang melalui jumlah pesakit yang sembuh semakin meningkat, tapi masih awal untuk kita membuat kesimpulan sama ada kita betul-betul sudah memenangi pertempuran ini.