Cara Mohon Jawatan MySTEP Di PTPK Dengan Kelayakan Minima Diploma

Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) merupakan Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) mempelawa individu yang berminat dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan Jawatan di PTPK seperti yang diiklankan.

Graduan dengan kelayakan minima Diploma dalam bidang berkaitan boleh mohon pengambilan MySTEP dengan mengisi borang permohonan secara online. Calon mestilah boleh berkomunikasi dengan baik di dalam Bahasa Melayu.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan cara mohon.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama majikan: Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
  • Nama jawatan: Personal MySTEP (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat)
  • Penempatan: Cawangan Pengurusan Maklumat Ibu Pejabat PTPK, WTCKL
  • Tarikh tutup permohonan: Sehingga 31 Disember 2021
  • Gaji ditawarkan: RM1,800 sebulan

SYARAT KELAYAKAN

Calon yang berminat bagi lantikan jawatan ditawarkan mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • warganegara Malaysia; dan
  • memiliki sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat atau bidang berkaitan (perisian dan pengaturcaraan sistem) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • mempunyai asas pengetahuan dalam bahasa pengaturcaraan komputer dan keutamaan diberikan kepada Bootstrap (HTML, CSS, JS), Oracle Application Express (20.1) atau mana- mana yang berkaitan;
  • mempunyai pengalaman sekurang-kurang satu (1) tahun dalam mengendalikan perisian untuk melakukan prototyping seperti Figma/InVision/XD atau mana-mana perisian yang berkaitan;
  • Mempunyai kemahiran sekurang-kurang satu (1) tahun di dalam mengendalikan rekabentuk maklumat secara interaktif berdasarkan kepada rekabentuk proses sistem sedia ada dan mempunyai pengetahuan mengenai pengalaman penggunaan sistem oleh pengguna (user experience) daripada segi corak, prinsip dan teknik; dan
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  • Boleh berkomunikasi dengan baik di dalam Bahasa Melayu.

DESKRIPSI TUGAS

Tugas Personel MySTEP yang dilantik adalah:

  • Membantu di dalam menyediakan dokumentasi keperluan pengguna berdasarkan perbincangan bersama pengguna;
  • Membantu di dalam membangunkan Use Case Study berdasarkan perbincangan bersama pengguna;
  • Merekabentuk dan membangunkan User Interface (UI) bagi projek-projek yang ditugaskan dari semasa ke semasa;
  • Membangunkan aplikasi sistem bagi projek-projek yang ditugaskan dari semasa ke semasa;
  • dan macam-macam lagi. (Semak senarai penuh di iklan jawatan di bawah)

CARA MEMOHON

Sekiranya anda berminat dengan jawatan yang ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan, anda boleh mengemukakan permohonan secara atas talian dengan menggunakan Google Account melalui pautan Google Form seperti berikut:

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh hubungi pegawai bertugas di talian berikut:

  • Encik Mohd Khalil: 03 4047 6099
  • Encik Amir: 03 4047 6096

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma