Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Cara Mohon Jawatan MySTEP Di Muzium Negara Dengan Minima Sijil SPM

Oleh Cikgu Shaari • February 21, 2022 • 3 min baca

Cara Mohon Jawatan MySTEP Di Muzium Negara Dengan Minima Sijil SPM
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Panggilan buat lepasan SPM dan graduan Diploma yang sedang mencari peluang untuk bina kerjaya! Muzium Negara kini membuka peluang kekosongan jawatan MySTEP untuk diisi orang warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berkelayakan dan berkemahiran seperti yang diiklankan.

Pengambilan MySTEP yang dibuka adalah bagi penempatan jawatan Pereka dan Pembantu Pegawai Media Sosial dan Kandungan Kreatif. Sekiranya anda ada kemahiran dalam bidang berkaitan, anda boleh hantar permohonan melalui email selewat-lewatnya 22 Februari 2022.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan MySTEP ditawarkan dan panduan buat permohonan.

JAWATAN MYSTEP DITAWARKAN

Berikut adalah senarai jawatan MySTEP yang ditawarkan di Muzium Negara beserta kelayakan yang diperlukan:

  • Pembantu Pegawai Media Sosial Dan Kandungan Kreatif (Minima SPM)
    – Tempoh kontrak: Mac – Disember 2022
    – Elaun: RM1,600 (Termasuk KWSP & PERKESO)
    – Mempunyai SPM atau kelulusan yang setaraf dengannya atau pengalaman dalam bidang berkaitan adalah satu kelebihan
    – Berumur 18 hingga 35 tahun
  • Pereka (Minima Diploma)
    – Tempoh kontrak: Mac – Disember 2022
    – Elaun: RM1,800 (Termasuk KWSP & PERKESO)
    – Mempunyai kelulusan Diploma dalam bidang Rekabentuk Dalaman atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
    – Berumur 18 hingga 40 tahun

KEMAHIRAN DIPERLUKAN

Kemahiran yang diperlukan dan ringkasan bidang tugas:

Pembantu Pegawai Media Sosial Dan Kandungan Kreatif

  • Berkemahiran menggunakan perisian Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Premiere atau yang berkaitan dengan penghasilan rekaan grafik, animasi grafik dan grafik video serta penghasilan slaid untuk pembentangan seperti PowerPoint Advanced, Issuu, Visme atau Prezi
  • Mahir dalam mengendalikan media sosial (Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Tiktok, Clubhouse, LinkedIn dan lain-lain) seperti cross-posting, Facebook Live, virality dan juga real time posting bagi liputan program/ aktiviti
  • Komited, kreatif, boleh bekerja lebih masa dan pada hujung minggu jika diperlukan berdasarkan tugasan serta boleh bekerja dengan bimbingan yang minimum

Pereka

  • Berkemahiran menggunakan perisian Auto CAD, 3D Studio Max, Sketchup, Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Premiere atau yang berkaitan dengan penghasilan pelan lantai, pameran dan illustrasi ruang pameran
  • Komited, kreatif, boleh bekerja lebih masa dan pada hujung minggu jika diperlukan berdasarkan tugasan serta boleh bekerja dengan bimbingan yang minimum
  • Berkebolehan menulis dan bertutur dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan jawatan MySTEP yang ditawarkan dan berkelayakan seperti yang dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan secara online sehingga 22 Februari 2022 (Selasa) dengan menghantar dokumen berikut:

  • Resume
  • Portfolio
  • Salinan sijil
  • Gambar passport

Hantarkan dokumen tersebut ke alamat emel berikut:

  • jamin.haron@jmm.gov.my

*Tajuk emel: PERMOHONAN MYSTEP MUZIUM NEGARA

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga. Permohonan yang tidak lengkap/ lewat tidak akan dipertimbangkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas sebulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.