Cara Mohon Jawatan MySTEP Di Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Buat Graduan
Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim ingin mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan Personal Short Term Employment Program (MySTEP) di Jabatan Biokeselamatan, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim seperti yang diiklankan.
Kepada graduan yang sedang mencari pekerjaan dan memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan, NRECC mempelawa anda untuk mohon kekosongan MySTEP yang ditawarkan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan cara buat permohonan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Nama majikan: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC)
- Nama jawatan: Personel MySTEP & Pegawai Kontrak CFS
- Kelayakan diperlukan: Ijazah Sarjana Muda
- Penempatan: Jabatan Biokeselamatan, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim
- Tarikh tutup permohonan: 6 Mac 2023
SYARAT KELAYAKAN
Calon yang memenuhi syarat kelayakan berikut adalah dipelawa untuk mohon:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
- Ijazah Sarjana Muda
- Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik
Syarat kelayakan bagi setiap jawatan ditawarkan boleh disemak di iklan jawatan yang disediakan di bawah.
CARA MEMOHON
Calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah mengemukakan permohonan melalui emel kepada alamat email:
- faris@biosafety.gov.my
- faridah.yahaya@biosafety.gov.my
Permohonan rasmi mestilah dihantar bersama dokumen berikut:
- Resume beserta gambar berukuran pasport terkini
- Salinan kad pengenalan
- Sijil tamat pengajian lengkap dengan transkrip
Calon diingatkan untuk TIDAK MENGHANTAR EMEL KOSONG yang hanya mengandungi resume semata-mata. Pastikan emel anda lengkap. Jika tak tahu, anda boleh rujuk:
- Panduan Mohon Kerja Kerajaan MySTEP Melalui Email Beserta Contoh Email Lengkap
- Cara Attach & Upload Resume Serta Sijil Untuk Mohon Kerja MySTEP 2023
- Checklist Sebelum Hantar Permohonan Kerja MySTEP
Hanya calon yang disenarai pendek akan dijemput hadir ke sesi temuduga Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan/ panggilan selepas satu bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.