Cara Mohon Jawatan MySTEP Di Kementerian Tenaga & Sumber Asli (KeTSA) Buat Graduan

Kementerian Tenaga Dan Sumber Air (KeTSA) ingin mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan Personal Short Term Employment Program (MySTEP) di Bahagian Pengurusan Perhutanan Kementerian Tenaga Dan Sumber Air (KeTSA) seperti yang diiklankan.

Kepada graduan yang sedang mencari pekerjaan dan memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan, KeTSA mempelawa anda untuk mohon kekosongan MySTEP yang ditawarkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan cara buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama majikan: Kementerian Tenaga Dan Sumber Air (KeTSA)
  • Nama jawatan: MyStep
  • Kelayakan diperlukan: Ijazah Sarjana Muda
  • Penempatan: Bahagian Pengurusan Perhutanan Kementerian Tenaga Dan Sumber Air (KeTSA)
  • Tarikh tutup permohonan: 24 Mac 2022

SYARAT KELAYAKAN

Calon yang memenuhi syarat kelayakan berikut adalah dipelawa untuk mohon:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
  • Ijazah Sarjana Muda
  • Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik
  • Kemahiran menggunakan perisian MS Word, Excel dan PowerPoint
  • Pengetahuan dalam mereka bentuk, pemantauan dan penyelenggaraan pangkalan data
  • Berminat meningkatkan ilmu dan kemahiran diri; dan
  • Bertanggungjawab, memiliki personaliti yang menarik dan berdisiplin

CARA MEMOHON

Calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah mengemukakan permohonan melalui emel kepada alamat email:

  • ikram@ketsa.gov.my ; dan
  • abdulrahman@ketsa.gov.my

*TAJUK EMEL: PERMOHONAN MySTEP 

Permohonan rasmi mestilah dihantar bersama dokumen berikut:

  • Resume beserta gambar berukuran pasport terkini
  • Salinan kad pengenalan
  • Sijil tamat pengajian lengkap dengan transkrip

Calon diingatkan untuk TIDAK MENGHANTAR EMEL KOSONG yang hanya mengandungi resume semata-mata. Pastikan emel anda lengkap. Jika tak tahu, anda boleh rujuk:

Hanya calon yang disenarai pendek akan dijemput hadir ke sesi temuduga Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan/ panggilan selepas satu bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma