Cara Mohon Jawatan MySTEP Kementerian Perpaduan Negara Melalui Email

MySTEP 2023 merupakan salah satu inisiatif kerajaan yang dilaksanakan untuk membantu meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan rakyat Malaysia. Kementerian Perpaduan Negara (KPN) kini menawarkan peluang jawatan MySTEP kepada individu yang berkelayakan.

Kepada graduan yang sedang mencari pekerjaan dan memiliki sekurang-kurangnya SPM, SKM atau yang berkaitan dan diiktiraf oleh kerajaan, Kementerian Perpaduan Negara (KPN) mempelawa anda untuk mohon kekosongan MyStep yang ditawarkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan cara buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama majikan: Kementerian Perpaduan Negara
  • Nama jawatan: MySTEP
  • Penempatan: Kementerian Perpaduan Negara, Jabatan Muzium Malaysia
  • Kadar Upah: RM1700
  • Tarikh tutup permohonan: 30 Januari 2023

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan jawatan MySTEP yang ditawarkan di KPN:

  • Warganegara Malaysia (keutamaan kepada warga Negeri Selangor sahaja)
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

CARA MOHON

Bagi calon yang berminat hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut (tidak akan dikembalikan):

  • Resume beserta gambar terkini berwarna bersaiz pasport; dan
  • Salinan sijil SPM atau SKM serta sijil lain yang berkaitan;
  • Salinan Kad Pengenalan

Permohonan mestilah dibuat secara atas talian dengan menghantar dokumen berkaitan ke alamat email berikut:

  • utm@jmm.gov.my

*TAJUK EMAIL: Permohonan MySTEP

Calon diingatkan untuk TIDAK MENGHANTAR EMEL KOSONG yang hanya mengandungi resume semata-mata. Pastikan emel anda lengkap. Jika tak tahu, anda boleh rujuk:

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma