Hadiah Hari Guru 2026: Tak Wajib, Ini Panduan Pilih Hadiah Bajet Rendah Yang Bermakna •MC Boleh Claim PERKESO 2026? Ini Syarat, Cara Mohon & Kesilapan Ramai Tak Sedar •Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru • Hadiah Hari Guru 2026: Tak Wajib, Ini Panduan Pilih Hadiah Bajet Rendah Yang Bermakna •MC Boleh Claim PERKESO 2026? Ini Syarat, Cara Mohon & Kesilapan Ramai Tak Sedar •Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru •

Kedah Umum 5 Februari 2023 Sebagai Cuti Peristiwa Sempena Thaipusam

Oleh Cikgu Shaari • January 25, 2023 • 2 min baca

Kedah Umum 5 Februari 2023 Sebagai Cuti Peristiwa Sempena Thaipusam
Visual Archive // 2023
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam. Thaipusam dirayakan pada bulan ‘Thai’ bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil.

Hari Thaipusam ini ditandakan dalam kelandar Malaysia sebagai cuti umum. Namun tak semua negeri cuti pada Hari Thaipusam. Thaipusam selalunya jatuh pada bulan purnama.

Nak tahu bila tarikh cuti Hari Thaipusam bagi tahun 2023 dan pengumuman cuti umum negeri Kedah sempena Thaipusam, ikuti perkongsian di bawah.

TARIKH CUTI HARI THAIPUSAM 2023

Untuk makluman anda, seperti ditandakan di kalendar Malaysia tahun 2023 hari Thaipusam jatuh pada:

  • 5 Februari 2023 (Ahad)

Baca juga: Tarikh Cuti Tahun Baru Cina 2023 & 1 Hari Cuti Sekolah Tambahan KPM

KEDAH UMUM 5 FEBRUARI SEBAGAI CUTI UMUM

Kerajaan negeri Kedah mengumumkan perayaan Thaipusam yang disambut pada 5 Februari depan sebagai cuti peristiwa.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata keputusan meluluskan pemberian cuti itu dibuat menerusi mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) pada 18 Januari lalu.

Pemberian cuti peristiwa ini adalah bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada penganut Hindu di negeri ini meraikan hari kebesaran agama mereka bersama keluarga. Kepada yang bukan beragama Hindu, pemberian cuti peristiwa ini juga diharap dapat memberikan mereka manfaat yang sebaik-baiknya memandangkan ia jatuh pada hari Ahad yang berturutan dengan cuti mingguan.

Isu cuti peristiwa sempena perayaan Thaipusam di Kedah hangat diperdebatkan pada awal tahun 2021 apabila kerajaan negeri memutuskan tiada cuti peristiwa untuk perayaan itu pada 28 Januari tahun berkenaan.

Pada waktu itu Muhammad Sanusi menegaskan bahawa keputusan kerajaan negeri bukan bertujuan untuk menafikan hak penganut Hindu sebaliknya rakyat sememangnya telah pun ‘dicutikan’ oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.