Cara Mohon Jawatan MySTEP Jabatan Tenaga Manusia Melalui Email

Jabatan Tenaga Manusia ingin mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan mengisi kekosongan sebagai Personel MySTEP seperti yang diiklankan. Inilah peluang anda bina pengalaman kerja kerajaan dan boleh dimanfaatkan dalam resume serta temuduga nanti.

Graduan lulusan minima Diploma atau Ijazah Sarjana Muda yang berminat nak bina kerjaya bersama Jabatan Tenaga Manusia boleh hantar permohonan anda sekarang melalui alamat email yang dinyatakan mengikut tatacara yang betul. Bagi yang berminat, pastikan anda hantar permohonan selewat-lewatnya 1 Julai 2022.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan MySTEP Jabatan Tenaga Manusia yang ditawarkan dan cara buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama majikan: Jabatan Tenaga Manusia
  • Nama jawatan: Personel MySTEP
  • Penempatan: Institut Latihan Perindustrian Labuan, Jabatan Tenaga Manusia
  • Kelayakan diperlukan: Diploma atau Ijazah Sarjana Muda
  • Tarikh tutup permohonan: 1 Julai 2022

SYARAT LANTIKAN

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Mempunyai kelayakan akademik seperti di jadual atas
  • Boleh bekerja di bawah pengawasan minimum dan menyiapkan tugasan dalam tempoh ditetapkan
  • Diploma atau Ijazah Sarjana Dalam Bidang Pendidikan Islam atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan segera selewat-lewatnya 1 Julai 2022. Permohonan boleh dibuat dengan kemukakan dokumen berikut:

  • Resume
  • Sijil akademik

Kemukakan dokumen berikut ke alamat emel berikut:

  • Emel: salwa@jtm.gov.my

Calon diingatkan untuk TIDAK MENGHANTAR EMEL KOSONG yang hanya mengandungi resume semata-mata. Pastikan emel anda lengkap. Jika tak tahu, anda boleh rujuk:

Hanya calon yang disenarai pendek akan dijemput hadir ke sesi temuduga. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan/ panggilan selepas satu bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Calon yang layak akan dihubungi melalui emel/ telefon bagi sesi temuduga. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma