Tawaran Jawatan MySTEP Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dibuka. Ini Cara Mohon

MySTEP 2021 merupakan salah satu inisiatif kerajaan yang dilaksanakan untuk membantu meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan rakyat Malaysia. Cawangan Kesejahteraan Populasi, Bahagian Pendidikan Kesihatan ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di bawah inisiatif MySTEP tahun 2021.

Kepada graduan yang sedang mencari pekerjaan dan memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempelawa anda untuk mohon kekosongan MyStep yang ditawarkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan cara buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama majikan: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
  • Nama jawatan: MyStep (sambilan)
  • Taraf jawatan: Gred 41
  • Lokasi penempatan: Bahagian Pendidikan Kesihatan , KKM, Blok E, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
  • Tarikh tutup permohonan: 30 Ogos 2021 (Isnin)
  • Gaji ditawarkan: RM2,000 (termasuk caruman KWSP, cuti tahunan & cuti sakit)

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan jawatan MySTEP yang ditawarkan:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur antara 23 tahun hingga 30 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Fasih berbahasa Melayu dan Inggeris
  • Sihat tubuh badan
  • Bujang
  • Memegang Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan
  • Memiliki Sijil Instruktur Kecergasan adalah satu kelebihan

CARA MEMOHON

Calon yang berkelayakan dan berminat dengan jawatan yang ditawarkan mestilah buat permohonan selewat-lewatnya pada 30 Ogos 2021. Untuk buat permohonan, calon mestilah menghantar RESUME YANG LENGKAP beserta gambar berukuran pasport yang terkini serta salinan sijil akademik dan dokumen yang telah disahkan kepada alamat emel berikut:

  • aktivitifizikal@gmail.com

*TAJUK EMEL: PERMOHONAN MYSTEP

Calon diingatkan untuk TIDAK MENGHANTAR EMEL KOSONG yang hanya mengandungi resume semata-mata. Pastikan emel anda lengkap. Jika tak tahu, anda boleh rujuk:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi pegawai bertugas berikut:

  • En Kamarul Zaman Salleh: 03 8883 4555
  • En Wan Mohd Hakim Wan Ismal: 03 8883 4461

Tawaran Jawatan MySTEP Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dibuka. Ini Cara Mohon

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma