Star@U: 60 Latihan Kemahiran Percuma Di ILKBS Seluruh Malaysia. Daftar Sekarang

Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia menganjurkan program STAR@U: MY Future Youth Plus dengan tujuan untuk menawarkan peluang dan alternatif kepada belia massa mengikuti latihan kemahiran secara modular menerusi kursus jangka pendek yang ditawarkan.

Program STAR@U: MyFuture Youth Plus bertujuan untuk menyediakan peluang dan alternatif kepada kumpulan belia berisiko berumur 15 – 30 tahun bagi mendapatkan latihan kemahiran asas dalam pelbagai bidang secara modular menerusi kursus jangka pendek dengan menggunakan fasiliti dan tenaga pengajar sedia ada di Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) seluruh Malaysia.

Ikuti perkongsian di bawah untuk info lanjut program yang ditawarkan serta cara buat permohonan bagi yang berminat.

BIDANG KEMAHIRAN

Sebanyak 60 latihan kemahiran PERCUMA disediakan  dalam pelbagai bidang seperti:

  • Automotif
  • Mekanikal
  • Awam
  • Elektronik
  • Elektrikal
  • Hospitaliti
  • Minyak & Gas
  • Tekstil
  • Personal
  • Fotografi
  • Multimedia
  • Sukan
  • Pertanian
  • Marin

SYARAT PENYERTAAN

Berikut adalah syarat-syarat penyertaan latihan kemasukan ditawarkan seperti yang ditetapkan:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur antara 15 hingga 30 tahun
  • Golongan B40 dan M40
  • Belia NEET (Not in Education, Employment or Training)
  • Belia berisiko
  • Belia yang menganggur atau baharu diberhentikan kerja
  • Belia yang aktif mencari pekerjaan atau berminat memulakan perniagaan

CARA MOHON

Sekiranya anda merupakan individu yang memenuhi syarat kelayakan di atas dan berminat untuk sertai program latihan kemahiran yang ditawarkan, anda boleh mohon sekarang. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan online yang disediakan di bawah:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan program STAR@U My Future Youth Plus, anda boleh berhubung terus dengan Puan Fadzillah Mohamed Kasim di talian berikut:

  • Tel: 03-8871 3054
  • Email: fadzillah@kbs.gov.my

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma