Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) • Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) •

Cara Mohon Bantuan Yuran Pengajian Melalui Bantuan Musaadah Pendidikan iCEPS

Oleh Cikgu Shaari • February 7, 2022 • 2 min baca

Cara Mohon Bantuan Yuran Pengajian Melalui Bantuan Musaadah Pendidikan iCEPS
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Institut Pendidikan Berterusan & Pengajian Profesional (iCEPS) UiTM mempelawa pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat diploma dan sarjana muda mod separuh masa UiTM untuk memohon pembiayaan yuran pengajian melalui Program Musaadah Pendidikan iCEPS.

Usaha ini merupakan salah satu Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility (CSR)) UiTM bagi memberi peluang kepada lebih ramai golongan bumiputera yang bekerja untuk mendapat pendidikan yang lebih tinggi dan sekaligus membudayakan pembelajaran sepanjang hayat.

Bagi yang berminat untuk mohon, semak syarat kelayakan dan cara membuat permohonan di bawah.

SYARAT PERMOHONAN

  • Pendapatan kasar:
    – Bujang/ ibu atau bapa tunggal (tiada anak) – RM1,500/ bulan dan ke bawah
    – Berkahwin/ ibu atau bapa tunggal (ada anak) – RM4,500/ bulan dan ke bawah
  • Prestasi akademik (bagi pelajar semester 2 dan ke atas)
    – Sekurang-kurangnya mendapat CGPA 3.00 dan ke atas (semester terkini)
  • Temuduga dikendalikan oleh UiTM iCEPS

Syarat-syarat pembiayaan adalah seperti berikut:

  • Mendaftar sekurang-kurangnya 11 jam kredit setiap semester (atau mengikut pelan pengajian).
  • Pencapaian akademik:
    i) CGPA 3.00 dan ke atas (dikecualikan 100%)
    ii) CGPA 2.99 – 2.75 (dikecualikan 50%)
    iii) CGPA 2.75 ke bawah (ditamatkan)
    iv) GPA 2.50 ke bawah (ditamatkan)
    *Kadar pembiayaan yang telah diturunkan (atau ditamatkan) tidak akan dinaikkan semula.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan:

  • Kad pengenalan (pemohon dan pasangan)
  • Sijil nikah (jika berkaitan)
  • Sijil cerai/ kematian (jika berkaitan)
  • Sijil kelahiran anak-anak di bawah tanggungan (jika berkaitan)
  • Slip gaji tiga (3) bulan terakhir (pemohon dan pasangan)
  •  Surat pengesahan majikan (pemohon dan pasangan)
  • Surat akuan sumpah atau surat pengesahan daripada majikan pemohon (jika pasangan tidak bekerja)

*Sila pastikan semua dokumen salinan telah disahkan benar

CARA MEMOHON

Pemohon yang memenuhi syarat kelayakan boleh membuat permohonan Musaadah Pendidikan iCEPS secara online sebelum 21 FEBRUARI 2022 di pautan berikut:

Borang permohonan yang telah lengkap diisi mestilah dicetak dan dihantar bersama dokumen sokongan di atas ke alamat berikut:

  • Ketua Eksekutif
    Institut Pendidikan Berterusan & Pengajian Profesional (iCEPS)
    Aras 2, Bangunan UiTM-MTDC Technopreneur Centre
    Universiti Teknologi MARA
    40450 Shah Alam
    Selangor Darul Ehsan.
    (u.p: Urusetia Musaadah Pendidikan iCEPS)

Calon yang berjaya tapisan awal akan dipanggil temuduga. Permohonan dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya tidak mendapat sebarang pemakluman. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian 03 5544 8125/8180.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.