Cara Mohon Bantuan Yuran Pengajian Melalui Bantuan Musaadah Pendidikan iCEPS
Institut Pendidikan Berterusan & Pengajian Profesional (iCEPS) UiTM mempelawa pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat diploma dan sarjana muda mod separuh masa UiTM untuk memohon pembiayaan yuran pengajian melalui Program Musaadah Pendidikan iCEPS.
Usaha ini merupakan salah satu Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility (CSR)) UiTM bagi memberi peluang kepada lebih ramai golongan bumiputera yang bekerja untuk mendapat pendidikan yang lebih tinggi dan sekaligus membudayakan pembelajaran sepanjang hayat.
Bagi yang berminat untuk mohon, semak syarat kelayakan dan cara membuat permohonan di bawah.
Isi Kandungan
SYARAT PERMOHONAN
- Pendapatan kasar:
– Bujang/ ibu atau bapa tunggal (tiada anak) – RM1,500/ bulan dan ke bawah
– Berkahwin/ ibu atau bapa tunggal (ada anak) – RM4,500/ bulan dan ke bawah - Prestasi akademik (bagi pelajar semester 2 dan ke atas)
– Sekurang-kurangnya mendapat CGPA 3.00 dan ke atas (semester terkini) - Temuduga dikendalikan oleh UiTM iCEPS
Syarat-syarat pembiayaan adalah seperti berikut:
- Mendaftar sekurang-kurangnya 11 jam kredit setiap semester (atau mengikut pelan pengajian).
- Pencapaian akademik:
i) CGPA 3.00 dan ke atas (dikecualikan 100%)
ii) CGPA 2.99 – 2.75 (dikecualikan 50%)
iii) CGPA 2.75 ke bawah (ditamatkan)
iv) GPA 2.50 ke bawah (ditamatkan)
*Kadar pembiayaan yang telah diturunkan (atau ditamatkan) tidak akan dinaikkan semula.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan:
- Kad pengenalan (pemohon dan pasangan)
- Sijil nikah (jika berkaitan)
- Sijil cerai/ kematian (jika berkaitan)
- Sijil kelahiran anak-anak di bawah tanggungan (jika berkaitan)
- Slip gaji tiga (3) bulan terakhir (pemohon dan pasangan)
- Surat pengesahan majikan (pemohon dan pasangan)
- Surat akuan sumpah atau surat pengesahan daripada majikan pemohon (jika pasangan tidak bekerja)
*Sila pastikan semua dokumen salinan telah disahkan benar
CARA MEMOHON
Pemohon yang memenuhi syarat kelayakan boleh membuat permohonan Musaadah Pendidikan iCEPS secara online sebelum 21 FEBRUARI 2022 di pautan berikut:
Borang permohonan yang telah lengkap diisi mestilah dicetak dan dihantar bersama dokumen sokongan di atas ke alamat berikut:
- Ketua Eksekutif
Institut Pendidikan Berterusan & Pengajian Profesional (iCEPS)
Aras 2, Bangunan UiTM-MTDC Technopreneur Centre
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan.
(u.p: Urusetia Musaadah Pendidikan iCEPS)
Calon yang berjaya tapisan awal akan dipanggil temuduga. Permohonan dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya tidak mendapat sebarang pemakluman. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian 03 5544 8125/8180.