Panduan Permohonan Vaksinasi Awal Untuk Pelajar Yang Akan Ke Luar Negara
Bagi pelajar yang bakal menyambung pelajaran ke luar negara dan ingin memohon untuk dapatkan suntikan vaksinasi awal, kini anda boleh buat permohonan dengan mudah melalui ciri Helpdesk di aplikasi MySejahtera.
Mudah sahaja, hanya mohon melalui MySejahtera. Anda akan dapatkan tarikh janji temu untuk suntikan vaksinasi lebih awal dari yang sepatutnya. Pelajar mestilah isi butiran yang diminta dan muat naik dokumen berkaitan di ruangan yang disediakan.
Ikuti perkongsian di bawah panduan membuat permohonan vaksinasi awal pelajar yang perlu ke luar negara.
Isi Kandungan
MOHON VAKSINASI AWAL UNTUK PELAJAR KE LUAR NEGARA
Berikut adalah panduan membuat permohonan mendapatkan vaksinasi awal melalui MySejahtera untuk pelajar yang akan ke luar negara:
- Log masuk ke akaun MySejahtera
- Pilih ikon Helpdesk
- Pilih Mula
- Pilih Janji Temu Vaksinasi
- Pilih A- Saya adalah pelajar dan perlu ke luar negara untuk pengajian
- Isi maklumat anda dan hantarkan bersama dokumen
– MySJ ID
– Nombor Kad Pengenalan/ Nombor Pasport
– Pilih dan hantar dokumen yang berkaitan
PANDUAN ISI MAKLUMAT
Sila isi butiran di ruangan yang disediakan dan muat naik surat daripada Universiti anda untuk menyokong permohonan bagi menyegerakan vaksinasi anda.
Ikut langkah-langkah berikut:
- Klik pada ikon ‘Vaksinasi COVID-19 ‘ di laman utama MySejahtera
- Pilih ‘Vaksin untuk [nama anda]’
- Sila pastikan ID PENGGUNA MYSJ dan nombor Kad Pengenalan/ PASPORT anda sama dengan butiran halaman PROFIL anda. Sekiranya anda meminta bagi pihak tanggungan berdaftar dengan ID MYDJ anda, sila masukkan nombor Kad Pengenalan/ Pasport dan ID MYSJ anda
- Sila bawa dokumen yang anda muat naik untuk pengesahan di Pusat Pemberian Vaksin. Pegawai yang bertugas di Pusat Pemberian Vaksin boleh menolak vaksinasi anda sekiranya terdapat dokumentasi anda yang tidak dapat disahkan.
Sila pastikan maklumat yang anda masukkan adalah betul semasa menghantar permohonan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman vaksincovid.gov.my
Baca juga: Ibu Bapa 60 Tahun Ke Atas Belum Dipanggil Suntik Vaksin? Ini Cara Dapat Tarikh Segera