Cara Mohon Sijil Pengecualian Vaksinasi Di MySejahtera Bagi Individu Yang Tidak Boleh Divaksin
Menteri Kesihatan telah memaklumkan, mana-mana individu yang disahkan tidak boleh divaksin kerana faktor-faktor perubatan termasuk alahan boleh membuat permohonan untuk dapatkan sijil digital khas atau sijil pengecualian.
Permohonan tersebut boleh dibuat di aplikasi MySejahtera melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berdekatan dengan mengemukakan ‘Slip Penilaian Kesesuaian Menerima Vaksin Covid-19 bagi Pesakit dengan Masalah Kesihatan Tertentu’.
Jika permohonan lengkap dan menepati syarat-syarat yang ditetapkan, sijil pengecualian akan dikeluarkan dalam tempoh seminggu.
Isi Kandungan
PROSEDUR DAPATKAN SIJIL PENGECUALIAN VAKSINASI
Individu yang perlu dapatkan sijil pengecualian vaksinasi boleh dapatkan dengan mengikut prosedur berikut:
- Bagi individu yang tidak boleh divaksin atas faktor perubatan seperti alahan
- Boleh mohon sijil di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD)
- Dapatkan pengesahan pakar perubatan berdaftar
- Sijil digital itu akan diperolehi dalam tempoh seminggu jika permohonan lengkap
CARA ALTERNATIF
Antara alternatif yang tersedia buat individu yang tidak boleh divaksinasi atas faktor-faktor berkaitan kemudaratan kesihatan adalah:
- Pakar perubatan juga boleh nasihat pemohon untuk ambil vaksin yang sesuai.
* Sebagai contoh, seseorang itu mempunyai alahan kepada vaksin jenis Pfizer, vaksin jenis lain seperti Sinovac boleh diberikan.
- Namun jika disahkan tidan boleh ambil sebarang jenis vaksin Covid-19, pemohon perlu patuhi SOP dengan lebih ketat secara kendiri seperti memakai pelitup muka, menjaga pernjarakan fizikal dan kerap mencuci tangan.
* Ini kerana individu tersebut lebih berisiko untuk dijangkiti Covid-19
CARA MOHON SIJIL PENGECUALIAN VAKSINASI
Berikut adalah panduan buat permohonan sijil pengecualian vaksinasi bagi individu yang tidak boleh dapatkan suntikan vaksinasi:
- Hadir ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) terdekat
- Kemukakan ‘Slip Penilaian Kesesuaian Menerima Vaksin Covid-19 Bagi Pesakit Dengan Masalah Kesihatan Tertentu
- Slip itu perlu disahkan sama ada oleh:
a) Pakar perubatan hospital swasta yang merawat pemohon
b) Pakar/ pegawai perubatan yang merawat (semasa ketiadaan pakar perubatan) di hospiyal kerajaan yang berpakar
c) Pakar perubatan keluarga di klinik kerajaan
KAD VAKSINASI
Setelah lengkap permohonan, Sijil digital itu akan diperolehi dalam tempoh seminggu jika permohonan lengkap.
- Penerima vaksin tanpa peranti digital boleh guna kad vaksinasi dari PPV sebagai bukti
- Jika kad hilang, laporkan di PKD terdekat. Prosedur tertentu akan diteliti untuk mengeluarkan semula kad vaksinasi tersebut.
Pewujudan dokumentasi yang dikhususkan bagi golongan tersebut adalah untuk tujuan pergerakan fizikal. Jadi individu yang mempunyai sebarang masalah yang menyebabkan mereka tidak boleh divaksin tidak perlu risau kerana anda boleh mohon sijil pengecualian vaksinasi yang akan dikeluarkan.