Pasangan Suami Isteri Jarak Jauh Dibenarkan Rentas Negeri. Ini Cara Mohon Kebenaran Polis
Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam berkata kerajaan telah bersetuju memberi kelonggaran kepada pasangan jarak jauh yang berada di lokasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk merentas negeri untuk pulang berjumpa pasangan masing-masing.
Atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM), kerajaan setuju untuk membenarkan pasangan suami isteri yang berjauhan disebabkan bekerja untuk merentas negeri bertemu keluarga masing-masing dengan syarat mendapat kebenaran dan kelulusan polis.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara mendapatkan kebenaran polis bagi tujuan tersebut.
Isi Kandungan
SYARAT MERENTAS NEGERI
Sama seperti yang lain-lain, kalau ada kes kecemasan memang kerajaan benarkan tetapi perlu maklum kepada polis dan dapatkan kebenaran terlebih dahulu. Bagaimanapun, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan menasihati:
- Mereka yang bergejala perlu mendapatkan rawatan terlebih dahulu, membuat saringan atau sebaik-baiknya menangguhkan perjalanan sehingga sihat.
PROSEDUR MENDAPATKAN KEBENARAN RENTAS NEGERI
Sekiranya anda ingin merentas negeri atau daerah yang terlibat dengan PKP, anda perlu dapatkan borang kebenaran dan ikut prosedur berikut untuk membuat permohonan merentasi negeri:
- Muat turun borang kebenaran rentas negeri di bawah
- Lengkapkan borang tersebut
- Berikan alasan yang jelas sebab permohonan pergerakan
- Turunkan tandatangan pemohon beserta tarikh permohonan
- Bawa borang kebenaran yang telah lengkap diisi ke balai polis berhampiran untuk mendapatkan kelulusan
- Sekiranya mendapat kelulusan borang tersebut perlu ditunjukkan kepada pihak berkuasa yang melakukan sekatan jalan raya ketika ingin merentasi negeri atau sempadan.
Klik butang di bawah untuk muat turun Borang Kebenaran Rentas Negeri: