Permohonan Melanjutkan Pengajian Ke Timur Tengah (Mesir & Jordan) 2022/2023 Dibuka
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan bahawa pelajar Malaysia yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah bagi sesi kemasukan 2022/2023 boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui pautan yang disediakan.
Permohonan dalam talian bagi lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Diploma Qiraat dibuka pada 1 Jun 2022 (Rabu) mulai jam 10.30 pagi dan akan ditutup tujuh (7) hari selepas keputusan rasmi STAM dan SPM diumumkan.
Pelajar yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah boleh buat permohonan sekarang.
Isi Kandungan
TEMPOH PERMOHONAN
Permohonan melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi di Temur Tengah (Mesir dan Jordan) bagi sesi kemasukan 2022/2023 dibuka sepanjang tempoh berikut:
- Mulai 1 Jun 2022 hingga TUJUH HARI SELEPAS KEPUTUSAN SPM & STAM DIUMUMKAN
Untuk makluman, PEMOHON perlu menghantar semua dokumen kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi dan PEMOHON yang telah mendapat status layak perlu memuat naik dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan melalui sistem selewat-lewatnya pada 19 OGOS 2022 (JUMAAT).
BIDANG PENGAJIAN DI BAWAH KPT
Permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Timur Tengah yang diproses oleh KPT adalah meliputi bidang:
- Pengajian Islam
- Perubatan
- Pergigian
- Farmasi
KPT tidak melantik mana-mana ejen dalam sebarang urusan pelajar ke Timur Tengah. Sekiranya pihak pelajar atau ibu bapa berhasrat melantik ejen bagi menguruskan permohonan dan penempatan ke Timur Tengah, pihak pelajar atau ibu bapa adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang risiko yang bakal dihadapi.
SYARAT PERMOHONAN KE UNIVERSITI DI MESIR
Pemohon yang ingin mengikuti pengajian di universiti di Mesir peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan seperti berikut:
SYARAT PERMOHONAN KE UNIVERSITI JORDAN
Pemohon yang ingin mengikuti pengajian di universiti di Jordan peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan seperti berikut:
CARA MOHON
Dimaklumkan bahawa pelajar Malaysia yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah bagi sesi kemasukan 2022/2023 perlu membuat permohonan secara dalam talian melalui pautan:
Permohonan dalam talian bagi lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Diploma Qiraat dibuka pada 1 Jun 2022 (Rabu) mulai jam 10.30 pagi dan akan ditutup tujuh (7) hari selepas keputusan rasmi STAM dan SPM diumumkan.
Selepas keputusan rasmi STAM dan SPM diumumkan, pemohon perlu mengemas kini permohonan secara dalam talian. Sistem permohonan akan kekal dibuka sehingga tarikh tutup permohonan.
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan permohonan ini boleh dikemukakan kepada En. Shahrul Fazli bin Abu Hassan/ En Aliff Firdaus bin Abd Rahman melalui maklumat berikut:
- Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 Putrajaya - Tel: 03-8870 6217/ 6226