Mohon Skim Pembiayaan Kemudahan Pengukuhan Perniagaan (SPAK) Mara, Terima Pembiayaan Sehingga RM10,000
Skim Pembiayaan Kemudahan Pengukuhan Perniagaan (SPAK) yang disediakan oleh MARA merupakan kemudahan pembiayaan perniagaan yang mudah tanpa jaminan atau cagaran dan tanpa kadar keuntungan bagi membantu usahawan mikro memulihkan perniagaan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Pembiayaan sehingga RM10,000 ditawarkan bagi peniaga yang layak dan memenuhi syarat am yang ditetapkan.
Berikut adalah maklumat lanjut mengenai Skim Pembiayaan Kemudahan Pengukuhan Perniagaan (SPAK) Mara dan cara untuk membuat permohonan.
Isi Kandungan
SKOP PEMBIAYAAN
Pembiayaan yang ditawarkan adalah untuk:
- Modal Pusingan
- Belian Aset/ Mesin/ Peralatan
SYARAT-SYARAT AM
- Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera
- Tidak termasuk dalam Senarai Hitam MARA
- Berumur 18 tahun hingga 60 tahun
- Mempunyai tempat/lokasi perniagaan. Perniagaan atas talian (online) dikecualikan
- Menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 3 bulan
- Semua sektor perniagaan KECUALI Pertanian dan Penternakan
- Mempunyai Pendaftaran Syarikat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Mempunyai Lesen dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Lesen Majlis
- Jualan kurang dari RM300,000 setahun & mempunyai pekerja tetap kurang dari 5 orang
- Menyediakan seorang ‘Penyokong’ dari ahli keluarga terdekat (Referee)
- Perlu mengambil perlindungan takaful yang ditetapkan oleh MARA meliputi kematian dan keilatan kekal.
JAMINAN/ CAGARAN
Bagi mendapatkan pembiayaan, tiada sebarang cagaran atau jaminan diperlukan. Pemohon hanya memerlukan seorang penyokong dalam kalangan ahli keluarga terdekat untuk membuat permohonan.
Baca juga: Senarai Pinjamaan Perniagaan 2020 Untuk Usahawan Baru & Lama
CARA MEMOHON
Permohonan boleh dibuat mulai 1 Jun 2020 sehingga 31 Disember 2020 melalui laman berikut:
Daftar sebagai pengguna baru di laman tersebut dan buat permohonan dengan ikut langkah yang diberikan.
Untuk maklumat lanjut mengenai pembiayaan anda boleh hubungi talian 03 2613 2500/ 32501/ 32531 atau menerusi laman web rasmi MARA.