Langkah Mohon Jawatan MySTEP Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Melalui Email
MySTEP 2021 merupakan salah satu inisiatif kerajaan yang dilaksanakan untuk membantu meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan rakyat Malaysia. Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) kini menawarkan peluang jawatan MyStep kepada individu yang berkelayakan dan berminat untuk bina kerjaya.
Kepada graduan yang sedang mencari pekerjaan dan memiliki Diploma dalam bidang berkaitan, AADK mempelawa anda untuk mohon kekosongan MyStep yang ditawarkan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan cara buat permohonan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Nama majikan: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)
- Nama jawatan: MyStep
- Tempoh kontrak: Hingga Disember 2021
- Penempatan: Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi
- Tarikh tutup permohonan: 30 Ogos 2021 (Rabu) 12 tengah hari
KADAR UPAH & KEMUDAHAN
Kadar upah bulanan dan kemudahan yang disediakan sepanjang tempoh perkhidmatan adalah:
- Kadar upah: RM1,800
- Cuti rehat
- Cuti sakit
- Caruman KWSP
- Caruman PERKESO
SYARAT LANTIKAN
Hanya pemohon yang memenuhi syarat lantikan berikut sahaja akan dipertimbangkan:
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun
- Memiliki Diploma Sains Komputer dalam mana-mana bidang pengkhususan ICT
- Kriteria utama: Mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam pembangunan sistem menggunakan Laravel
CARA MEMOHON
Calon yang berkelayakan dan berminat dengan jawatan yang ditawarkan mestilah buat permohonan selewat-lewatnya pada 30 Ogos 2021. Untuk buat permohonan, calon mestilah menghantar RESUME YANG LENGKAP beserta gambar berukuran pasport yang terkini serta salinan sijil akademik dan dokumen yang telah disahkan kepada alamat emel berikut:
- adweb@adk.gov.my
Calon diingatkan untuk TIDAK MENGHANTAR EMEL KOSONG yang hanya mengandungi resume semata-mata. Pastikan emel anda lengkap. Jika tak tahu, anda boleh rujuk:
- Panduan Mohon Kerja Kerajaan MySTEP Melalui Email Beserta Contoh Email Lengkap
- Cara Attach & Upload Resume Serta Sijil Untuk Mohon Kerja MySTEP 2021
- Checklist Sebelum Hantar Permohonan Kerja MySTEP
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi pegawai bertugas berikut:
- Puan Hasnita: 03 89112350