KPT-MEDAC Siswapreneur: Mohon Pembiayaan Sehingga RM5,000 Untuk Usahawan Pelajar IPT
Seramai 10,000 usahawan pelajar daripada universiti awam dan kolej komuniti disasarkan menerima peruntukan sebanyak RM20 juta menerusi pelaksanaan Kementerian Pengajian Tinggi – Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional) tahun ini.
Program KPT-MEDAC SISWAPRENEUR Merupakan program skim mikro-kredit yang ditawarkan kepada usahawan pelajar daripada Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti yang berhasrat untuk menjalankan dan mengembangkan perniagaan mereka semasa dalam pengajian.
Usaha ini bagi memastikan pelajar tidak bergantung dengan pekerjaan sedia ada setelah tamat pengajian, sebaliknya mencipta peluang pekerjaan.
Isi Kandungan
GOLONGAN SASAR
Pembiayaan mikro kredit yang ditawarkan melalui KPT-MEDAC Siswapreneur adalah mensasarkan usahawan pelajar dari:
- Universiti Awam (UA)
- Politeknik
- Kolej Komuniti
SYARAT KELAYAKAN
Syarat-syarat permohonan pembiayaan Program KPT-MEDAC Siswapreneur adalah seperti berikut:
- Pengenalpastian pemohon akan dilakukan oleh pihak IPT
- Pembiayaan terbuka kepada pelajar IPT dari peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan kedoktoran sepenuh masa
- Pelajar tahun akhir juga layak memohon
- Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia dan Bumiputera
- Had umur peminjam ialah 18 tahun sehingga 60 tahun sahaja
- Pembiayaan terbuka kepada pelajar yang menjalankan perniagaan sama ada berpremis atau tidak berpremis dan sah disisi undang-undang serta patuh syariah
- Pelajar haruslah menjalankan perniagaan terlebih dahulu sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum memohon pembiayaan yang disediakan
- Pelajar mesti mempunyai syarikat/perniagaan yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau berdaftar dengan IPT
- Pelajar yang ingin memohon pembiayaan ini mestilah memperolehi Purata Mata Kumulatih (PMK) 2.5 dan ke atas
- Pelajar perlu menyediakan rancangan perniagaan dan perlu membentangkan model rancangan perniagaan yang akan dijalankan semasa temuduga dijalankan oleh Pusat Keusahawanan di IPT berkaitan
- Pembiayaan terbuka kepada perniagaan milikan tunggal pelajar sahaja
- Pelajar perlu terlibat secara langsung dalam perniagaan
- Bentuk pembiayaan adalah tunai sahaja
KADAR PEMBIAYAAN
Had pembiayaan yang disediakan adalah seperti berikut:
- RM1,000 sehingga RM5,000
- Tempoh masa pembiayaan adalah sehingga 3 tahun
PROSES KELULUSAN
Proses kelulusan pembiayaan Program KPT-MEDAC Siswapreneur akan dilaksanakan seperti berikut:
- Pusat Keusahawanan IPT akan menerima dan memproses permohonan pembiayaan daripada pelajar berdasarkan syarat-syarat pembiayaan yang ditetapkan. Hanya permohonan yang melepasi tapisan akan dipanjangkan kepada pihak TEKUN Nasional untuk proses kelulusan.
- Pihak TEKUN Nasional akan memaklumkan kelulusan secara terus kepada pemohon yang berjaya melalui kaedah sedia ada yang diguna pakai oleh TEKUN Nasional dan memberikan satu salinan keputusan (senarai peserta yang diluluskan) tersebut kepada Pusat Keusahawanan IPT masing-masing, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) untuk tujuan rekod
- Pelajar perlu menandatangani surat perjanjian atau akuan yang disediakan oleh pihak TEKUN melalui Pusat Keusahawanan IPT masing-masing sebelum jumlah pembiayaan yang diluluskan itu dikreditkan ke akaun pemohon tersebut oleh pihak TEKUN Nasional
KAEDAH PEMBAYARAN BALIK
- Pemohon yang diluluskan pembiayaan melalui Program KPT MEDAC Siswapreneur perlu menjelaskan bayaran balik pembiayaan secara bulanan melalui kaedah atau saluran yang ditetapkan oleh pihak TEKUN Nasional
- Tempoh bayaran balik pembiayaan adalah mengikut kelulusan oleh pihak TEKUN Nasional
- Sekiranya berlaku sebarang bayaran tunggakan, pihak TEKUN Nasional akan mengambil tindakan seperti yang tertera dalam borang perjanjian yang ditandatangani oleh pemohon
- Pusat Keusahawanan IPT akan membantu mengenalpasti peminjam berkaitan yang masih berstatus pelajar dan mengemukakan surat peringatan untuk menjelaskan baki pembiayaan kepada pelajar terbabit
- Pelajar yang masih mempunyai bayaran balik pembiayaan tertunggak tidak akan diberikan pertimbangan untuk membuat permohonan pembiayaan baharu melalui program ini
- Pembayaran balik berdasarkan 4% kadar keuntungan
Semak jadual pembayaran balik Program KPT-MEDAC SISWAPRENEUR di bawah:
CARA MOHON PEMBIAYAAN
Pelajar yang berminat untuk menyertai Program KPT-MEDAC SISWAPRENEUR boleh dapatkan maklumat lanjut dan borang-borang berkaitan dengan kaedah berikut:
- Pelajar boleh berhubung terus melalui Pusat/Unit Keusahawanan di Universiti Awam/Politeknik/ Kolej Komuniti bagi mendapatkan maklumat lanjut
- Borang permohonan akan diselaraskan melalui Pejabat Cawangan TEKUN Nasional kepada Pusat/ Unit Keusahawanan Universiti Awam/ Politeknik/ Kolej Komuniti
PEGAWAI PERHUBUNGAN
Berikut adalah talian yang boleh dihubungi untuk dapatkan maklumat lanjut berkenaan KPT-MEDAC SISWAPRENEUR: