Mudah! Ini Cara Mohon Pelbagai Jawatan Kosong Di Facebook Yang Ramai Tak Tahu
Selain daripada mohon kerja dalam perkhidmatan awam melalui SPA9 dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan melalui MySPP, anda juga boleh cuba mohon kerja yang ditawarkan di pelbagai platform pencarian kerja yang ada seperti Jobstreet, LinkedIn atau MyFutureJobs yang disediakan oleh PERKESO.
Selain daripada platform-platform tersebut, tahu tak sebenarnya anda boleh mohon kerja melalui laman Facebook? Apa yang lebih menarik adalah pelbagai jawatan di tawarkan yang ramai tak tahu!
Jangan sia-siakan kemudahan ini, ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara mohon kerja kosong di laman Facebook.
CARA MOHON KERJA KOSONG DI FACEBOOK
Berikut adalah langkah-langkah membuat permohonan kerja dalam pelbagai jawatan yang ditawarkan di laman Facebook:
- Buka pilihan yang ditawarkan di Facebook dan pilih JOBS
- Pilih bidang pekerjaan yang anda cari dan klik SAVE. Jika mahu lihat secara menyeluruh, klik SKIP
- Pilih lokasi pekerjaan yang anda cari dan klik APPLY
- Senarai jawatan yang ditawarkan di lokasi yang anda pilih akan dipaparkan
- Klik mana-mana jawatan anda mahu mohon
- Baca maklumat jawatan yang ditawarkan. Jika berminat, klik APPLY NOW
- Lengkapkan maklumat Nama, Bandar, Alamat Email dan Nombor Telefon yang diminta.
- Muat naik CV anda di bahagian Attach a CV
- Masukkan pengalaman kerja yang ada dan pendidikan
- Dah selesai, klik SEND
Rujuk: 6 Komponen Penting Yang Wajib Ada Dalam CV
Siap! Permohonan anda telah berjaya dihantar ke syarikat yang dimohon. Jika berjaya, anda akan terus dimaklumkan melalui panggilan telefon atau email. Manfaatkan kemudahan ini untuk anda mendapatkan peluang pekerjaan yang cerah. Rezeki ada di mana-mana.
Selamat mencuba!