Permohonan Kemasukan Pelajar Tahun 1 Sesi 2022 Sekolah Rendah Tahfiz Negeri Pahang
Ibu bapa yang ada anak berumur 7 tahun pada tahun 2022 yang akan memasuki Tahun 1 dan berminat untuk mendaftarkan mereka ke Sekolah Rendah Tahfiz boleh buat permohonan kemasukan pelajar tahun 1 sesi 2022 Sekolah Rendah Tahfiz Negeri Pahang (SRTNP) yang kini dibuka.
Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan yang disediakan. Ibu bapa diminta untuk buat permohonan segera kerana tempat adalah TERHAD.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut penawaran kemasukan ke Sekolah Rendah Tahfiz Negeri Pahang dan panduan permohonan.
Isi Kandungan
PENDEKATAN SRTNP
Sekolah Rendah Tahfiz Negeri Pahang (SRTNP) menggunakan pendekatan pembelajaran seperti berikut:
- Hafazan SRTNP (30 juz/6 tahun)
- KSSR
- KAFA
- English and Arabic Friendly Environment
- Aktiviti Kokurikulum Eksklusif
- Kemahiran Bahasa dan Komunikasi
SYARAT KEMASUKAN
Berikut adalah syarat-syarat kemasukan ke Sekolah Rendah Tahfiz Negeri Pahang:
- Boleh membaca sekurang-kurangnya Iqra’ 4
- Boleh membaca Al-Quran adalah satu kelebihan
- Lulus Temuduga yang dijalankan
- Berakhlak mulai & sihat tubuh badan
- Berminat menghafal Al-Quran
- Mampu membayar yuran bulanan
- Bersedia membayar yuran tempahan (booking fees)
- Melampirkan rekod prestasi akademik dan hafazan Al-Quran yang telah disahkan oleh Guru Besar Tadika (bagi calon Tadika Tahfiz Negeri Pahang)
PANDUAN PERMOHONAN
Berikut adalah langkah-langkah buat permohonan kemasukan murid ke Sekolah Rendah Tahfiz Negeri Pahang tahun 1 sesi 2022:
- Isi borang permohonan secara online di pautan https://sps.tahfizpahang.edu.my
- Buat bayaran booking sebanyak RM200 (akan ditolak daripada jumlah yuran tahunan) ke akaun:
– Maybank
– Maahad Gemilang Sdn Bhd
– 556011117106 - Hantar salinan resit bukti pembayaran booking tersebut ke Pihak sekolah dan tunggu panggilan untuk urusan TEMUDUGA
Untuk makluman anda,
- Jika temuduga TIDAK BERJAYA, bayaran booking akan dikembalikan
- Jika temuduga BERJAYA, bayaran booking tidak akan dikembalikan sekiranya murid menolak tawaran kemasukan
- Kuota pelajar SRTNP adalah terhad. Permohonan akan ditutup sebaik sahaja kuota murid telah mencukupi
Untuk maklumat lanjut berkenaan permohonan kemasukan ke Sekolah Rendah Tahfiz Negeri Pahang, anda boleh hubungi pihak sekolah di talian 014 200 7895.