Peluang Latihan Industri Di Top Glove. Elaun Bulanan & Pelbagai Kemudahan Disediakan

Top Glove  membuka peluang Program Latihan Industri kepada pelajar tahun akhir yang sedang mencari penempatan latihan industri. Pelajar akan berpeluang untuk merasakan bagaimana bekerja dengan syarikat pengilang sarung tangan terbesar di dunia.

Melalui program latihan industri di TopGlove, pelajar akan didedahkan dengan persekitaran kerja yang sebenar dengan pengawasan Pengurus Tertinggi syarikat. Pelajar bukan sahaja akan dibayar dengan elaun yang menarik, mereka juga akan didedahkan dengan pelbagai kemudahan lain dan persekitaran kerja yang kondusif.

Pelajar akan dinilai berdasarkan kemampuan mereka bekerja dalam tempoh latihan dan berpeluang untuk ditawarkan jawatan sepenuh masa di Top Glove setelah tamat pengajian jika menunjukkan prestasi yang baik.

MANFAAT DISEDIAKAN

Berikut adalah manfaat yang disediakan sepanjang menjalani latihan industri di Top Glove:

  • Rumah Staff
  • Kemudahan Gym
  • Elaun bulanan
  • CSR
  • Bimbingan kerja
  • Peluang kerja setelah tamat latihan

SYARAT KELAYAKAN

Pelajar mestilah memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan berikut:

  • Mengikuti pengajian sarjana di institusi pengajian tinggi sama ada di Malaysia atau di luar negara
  • Tempoh latihan industri minimum 3 bulan dan maksimum 6 bulan
  • PNGK 3.0 ke atas dalam bidang berkaitan
  • Penyertaan aktif dalam aktiviti luar kurikulum
  • Bersedia untuk menghadapi pelbagai cabaran

CARA MEMOHON

Sekiranya anda berminat untuk mengikuti latihan industri di Top Glove dan memenuhi syarat yang dinyatakan, anda boleh buat permohonan sekarang secara online dengan langkah berikut:

  1. Pergi ke laman https://workflow.topglove.com
  2. Klik Application Form
    Peluang Latihan Industri Di Top Glove. Elaun Bulanan & Pelbagai Kemudahan Disediakan
  3. Isi maklumat yang diminta sehingga selesai dan klik Submit untuk hantar borang permohonan
    Peluang Latihan Industri Di Top Glove. Elaun Bulanan & Pelbagai Kemudahan Disediakan

Pastikan anda memuat naik resume yang terkini seperti yang diminta untuk melengkapkan permohonan anda. Borang permohonan yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan anda ditolak.

Graduan yang berminat untuk mengikuti program lepasan universiti di Top Glove boleh cuba mohon Top Glove Management Associate Programme. Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman https://www.topglove.com/

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma