Cara Mohon Pelbagai Jawatan Kosong Di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Ada yang berminat nak bekerja di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)? SSM kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berpotensi memohon pelbagai jawatan kosong yang dibuka bagi penempatan di SSM Kuala Lumpur.
Permohonan boleh dibuat secara online dan terbuka kepada individu yang boleh bekerja secepatnya. Individu dengan kelayakan minima SPM, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda dipelawa untuk buat permohonan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan cara buat permohonan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Nama majikan: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Jenis jawatan: Pelbagai jawatan
- Taraf jawatan: Separuh Masa/ Kontrak
- Penempatan: Kuala Lumpur
SENARAI JAWATAN DITAWARKAN
Berikut adalah senaria jawatan yang sedang dibuka bagi pengambilan:
- Tealady (Perempuan) – Tarikh tutup 31 Oktober 2022
- Pengurus Unit Litigasi – Tarikh tutup 10 November 2022
SYARAT KELAYAKAN
Calon lantikan mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
- Kelayakan Minima SPM
DESKRIPSI TUGAS
Tealady (Perempuan)
- Menguruskan bilik-bilik mesyuarat
Pengurus Unit Litigasi
- Memastikan penerima tepat pada masanya dan analisis kes litigasi sivil bagi pihak SSM dijalankan.
- Mengkaji kompilasi dan penyelidikan yang dilakukan ke atas kes yang meningkat serta laporan yang dikemukakan mengenai kes.
- Menyemak dan memantau analisis keputusan Mahkamah dan penyediaan fail rayuan di mana sesuai.
- Merancang dan mengatur aspek teknikal kes litigasi ke arah keputusan yang berjaya.
- Mencapai objektif operasi dan memastikan rancangan kerja, tugas dan tugasan yang diagihkan dilaksanakan dengan sewajarnya.
- Mematuhi semua polisi dan SOP SSM
CARA MOHON
Sekiranya anda merupakan calon yang berkelayakan dan berminat dengan jawatan ditawarkan, anda boleh buat permohonan secara online melalui laman MyFutureJobs di pautan berikut:
Pastikan anda berdaftar sebagai pengguna dan log masuk ke laman MyFuturejobs untuk membuat permohonan.