Tawaran 100+ Kekosongan Jawatan Penolong Pegawai Siasatan SPRM, Ini Cara Mohon

Berminat nak jadi anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)? Berita baik buat semua graduan dari pelbagai bidang pengajian! SPRM kini membuka peluang kerja kosong bagi pengambilan calon jawatan Penolong Pegawai Siasatan kepada sesiapa yang berminat.

Permohonan boleh dibuat secara online melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) dengan mudah. Untuk mohon pengambilan yang dibuka ini, pastikan anda mohon selewat-lewatnya pada 30 November 2022.

Nak tahu info lanjut berkenaan jawatan SPRM yang ditawarkan dan panduan buat permohonan, ikuti perkongsian di bawah.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama majikan: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
  • Nama Jawatan: Penolong Pegawai Siasatan Gred P29
  • Kekosongan: 115 kekosongan & 200 simpanan
  • Lokasi: Seluruh Malaysia
  • Tarikh tutup: 30 November 2022

SYARAT KELAYAKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, perakaunan, undang-undang atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred P29 : RM1,824.00)
  • Diploma dalam bidang kejuruteraan, ukur bahan atau seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred P29 : RM1,863.82)

DESKRIPSI TUGAS

Tanggungjawab seorang Penolong Pegawai Siasatan adalah terlibat dalam pelbagai aspek tugas berikut:

  • Aspek Siasatan
  • Aspek Perisikan
  • Aspek Pendidikan Masyarakat
  • Aspek Pemeriksaan dan Perundingan
  • Aspek Perundangan dan Pendakwaan
  • Aspek Penyelidikan dan Perancangan
  • Aspek Latihan
  • Aspek Keselamatan
  • Aspek Pengurusan Sumber Manusia dan Pentadbiran Am

CARA MOHON JAWATAN MELALUI SPA9

Langkah 1

Log masuk ke laman spa9.spa.gov.my. Sekiranya anda masih belum mendaftar akaun sistem permohonan SPA9, baca:

[450 Kekosongan] Cara Mohon Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Ambilan 2022

Langkah 2

Pergi ke bahagian Maklumat Pemohon dan klik Jawatan Dimohon

[450 Kekosongan] Cara Mohon Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Ambilan 2022

Langkah 3

Pergi ke bahagian STPM/ STAM/ Diploma . Pilih jawatan Penolong Pegawai Siasatan Gred P29 di bahagian pilihan jawatan. Klik +Tambah.

Cara Mohon Kerja Pegawai Siasatan Di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 

*Maksimum jawatan yang boleh dimohon ada 15 sahaja. 

Langkah 4

Jawatan yang dipilih akan ditambah di bahagian Jawatan Pilihan. Klik Seterusnya

[450 Kekosongan] Cara Mohon Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Ambilan 2022

Langkah 5

Senarai jawatan dimohon dan maklumat lengkap anda akan dipaparkan untuk pengesahan. Jika semua maklumat betul, klik Seterusnya.

[450 Kekosongan] Cara Mohon Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Ambilan 2022

Langkah 6

Baca perakuan pemohon seperti yang tertera dan tick pada kotak SETUJU jika anda setuju. Klik HANTAR.

[450 Kekosongan] Cara Mohon Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Ambilan 2022

Slip Akuan Pendaftaran Permohonan Jawatan SPA akan dipaparkan yang mengandungi maklumat anda beserta senarai jawatan yang dimohon. Sila simpan dan cetak Slip Pendaftaran untuk kegunaan pada masa akan datang (terutama bagi bekas pelajar tajaan biasiswa).

Untuk elakkan anda melakukan kesilapan semasa permohonan jawatan di SPA, baca 6 Sebab Calon Masih Tidak Mendapat Panggilan SPA.

Selamat memohon!

IKLAN JAWATAN KOSONG

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma