Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul • Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •

Boleh Mohon BPN 2.0 Sehingga 15 November. Ini Caranya

Oleh Cikgu Shaari • November 10, 2020 • 2 min baca

Boleh Mohon BPN 2.0 Sehingga 15 November. Ini Caranya
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Bantuan Prihatin Nasional 2.0 adalah satu inisiatif kerajaan bawah Kerangka Inisiatif Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Kita Prihatin) bagi membantu rakyat yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19.

Orang ramai yang bukan penerima BPN 2020 sebelum ini dan memenuhi syarat kelayakan ditetapkan diminta supaya memohon BPN 2.0 selewat-lewatnya 15 November ini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan BPN 2.0 dan pembayaran bagi permohonan baharu yang lulus.

KADAR BANTUAN BPN 2.0 MENGIKUT KATEGORI

Kadar bayaran BPN 2.0 akan diberikan mengikut kategori seperti berikut:

  • Isi rumah B40 : RM1,000
  • Bujang B40 : RM500
  • Isi Rumah M40 : RM600
  • Bujang M40 : RM300

Semak maklumat permohonan baru Bantuan Prihatin Nasional 2.0 di bawah.

PERMOHONAN BARU BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN) 2.0

Sekiranya anda tidak pernah membuat permohonan atau tidak lulus permohonan Bantuan Sara Hidup (BPN) yang lepas, anda boleh membuat permohonan baru Bantuan Sara Hidup (BPN) 2.0 selewat-lewatnya 15 November 2020 di pautan berikut:

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BPN 2.0

Penerima yang layak menerima BPN 2.0 boleh membuat semakan status permohonan di pautan berikut:

Anda hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan dan Klik CARI. Status permohonan akan dipaparkan.

TARIKH BAYARAN BPN 2.0

Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 kepada pemohon yang layak akan dilakukan secara ansuran sebanyak 2 kali.

  • Bayaran Pertama: Hujung bulan Oktober 2020
  • Bayaran Kedua: Januari 2021

Bayaran pertama hujung bulan Oktober bagi pemohon lepas yang lulus telah diagihkan. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pembayaran bagi permohonan baharu yang lulus akan dilakukan sekaligus pada Januari 2021.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.