Pencen Askar 2026: Berapa Kadar Pencen Veteran ATM Selepas SSPA Fasa 2? Ini Anggaran & Tarikh Bayaran •Umur Pengeluaran KWSP 2026: Ini Peraturan Baharu Akaun Fleksibel, Sejahtera & Persaraan (Ramai Masih Keliru) •Gaji Berapa Kena PCB 2026? Ini Anggaran Gaji Yang Mula Kena Potongan Cukai Bulanan (Ramai Salah Faham) •Cara Share Location Google Maps (Live Location) 2026: Panduan Lengkap Untuk Keselamatan & Mudah Jejak Lokasi •22 Inisiatif BKJ Fasa 4 Johor: RM138 Juta Bantuan Untuk Lebih 600,000 Rakyat (Senarai Penuh & Kelayakan) • Pencen Askar 2026: Berapa Kadar Pencen Veteran ATM Selepas SSPA Fasa 2? Ini Anggaran & Tarikh Bayaran •Umur Pengeluaran KWSP 2026: Ini Peraturan Baharu Akaun Fleksibel, Sejahtera & Persaraan (Ramai Masih Keliru) •Gaji Berapa Kena PCB 2026? Ini Anggaran Gaji Yang Mula Kena Potongan Cukai Bulanan (Ramai Salah Faham) •Cara Share Location Google Maps (Live Location) 2026: Panduan Lengkap Untuk Keselamatan & Mudah Jejak Lokasi •22 Inisiatif BKJ Fasa 4 Johor: RM138 Juta Bantuan Untuk Lebih 600,000 Rakyat (Senarai Penuh & Kelayakan) •

Mohon Bantuan Mobiliti RM1000 Secara “One-off” Jika Dapat Penempatan Kerja Lebih 100KM & RM500 Jika Kurang 100KM

Oleh Cikgu Shaari • November 24, 2020 • 2 min baca

Mohon Bantuan Mobiliti RM1000 Secara “One-off” Jika Dapat Penempatan Kerja Lebih 100KM & RM500 Jika Kurang 100KM
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kementerian Sumber Manusia telah memaklumkan bermula Januari depan, individu yang mendapat penempatan pekerjaan melebihi 100 kilometer (km) dari tempat bermaustatin bakal menerima bantuan tunai secara one-off menerusi program Mobility Assistance (Bantuan Mobiliti).

Berbanding sebelum ini, hanya perpindahan melibatkan antara wilayah dari Sabah ke Sarawak atau ke Semenanjung atau sebaliknya akan menerima bantuan tersebut.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Bantuan Mobiliti.

KADAR BANTUAN MOBILITI (ONE-OFF)

Bantuan Mobiliti akan diberikan kepada individu yang terlibat dengan perpindahan tempat untuk bekerja. Kadar bantuan akan diberikan mengikut jarak penempatan kerja seperti berikut:

  • Penempatan kerja melebihi 100km: Bantuan sebanyak RM1000
  • Penempatan kerja kurang 100km: Bantuan sebanyak RM500

MATLAMAT BANTUAN MOBILITI

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata ia adalah sebagai inisiatif bagi:

  • Menggalakkan golongan belia terutamanya untuk mencari pekerjaan dari satu tempat ke satu tempat lain
  • Mempersiapkan rakyat untuk mengubah mindset dengan bersedia untuk berhijrah
  • Memberi bantuan bagi mereka yang perlu berhijrah dengan keadaan pandemik ini

CARA MOHON BANTUAN MOBILITI

Bantuan Mobiliti berjumlah RM1000 adalah bermula Januari depan. Individu yang mendapat penempatan pekerjaan melebihi 100km dari tempat bermaustatin dan memerlukan bantuan yang ditawarkan boleh memohon Bantuan Mobiliti.

Walaubagaimanapun, maklumat permohonan masih belum dinyatakan. Sekiranya ada makluman terbaru mengenai permohonan Bantuan Mobiliti, perkongsian ini akan dikemaskini sesuai dengan info semasa.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.