Mohon Bantuan Bekalan Makanan Asas Tabung COVID-19 NADMA. Untuk Rakyat Malaysia Hilang Punca Pendapatan Seluruh Negeri

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menyediakan tabung bantuan khas kepada orang awam yang terkesan secara langsung di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat daripada COVID-19.

Memahami masalah orang awam yang banyak mengalami kesusahan untuk mendapatkan sumber pendapatan sepanjang tempoh PKP, NADMA mengambil inisiatif untuk memberikan bantuan khas dalam bentuk bakul makanan sebagai bekalan makanan harian orang awam yang pendapatannya terjejas

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai tabung bantuan COVID-19 oleh NADMA.

TABUNG BANTUAN COVID-19 NADMA

Bantuan yang dihulurkan adalah dalam bentuk bakul makanan iaitu makanan yang merupakan keperluan harian bagi individu atau keluarga yang mengalami kesusahan dalam mendapatkan bekalan makanan,

Bantuan oleh NADMA ini adalah diedarkan kepada orang awam yang memerlukan di seluruh negeri tanpa terkecuali. Pihak NADMA akan menghantar bantuan terus ke rumah pemohon yang layak dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia  (APM) dan RELA.

Pengurusan bantuan ini adalah dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat, Yayasan Kebajikan Negara, APM, RELA dan beberapa agensi lain lagi.

KRITERIA KELAYAKAN

Bantuan bekalan makanan ini adalah dikhususkan kepada rakyat Malaysia yang hilang pendapatan dan memerlukan bantuan tersebut berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

CARA MEMOHON BANTUAN

Jika anda mempunyai kelayakan seperti di atas, anda boleh membuat permohonan melalui:

  1. Hubungi talian Kasih di 15999 atau WhatsApp talian Kasih di 019-2615 5999
  2. Hubungi Bilik Gerakan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri/Daerah. [Waktu operasi mulai jam 8:30 pagi hingga 5:30 petang]
  3. Maklumat yang perlu dikemukakan  oleh pemohon adalah;
    Nama
    Nombor Kad Pengenalan
    Alamat Rumah
    Bilangan ahli keluarga di alamat tersebut
    Nombor yang boleh dihubungi
    *pengesahan maklumat akan dibuat oleh JKM sebelum penghantaran

SERAHAN BANTUAN

Penghantaran bantuan adalah terus ke rumah pemohon yang layak oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan pasukan RELA. Pemohon tidak perlu menuntut bantuan di mana-mana pusat.

Jika anda berkelayakan untuk menerima bantuan bekalan makanan ini, anda boleh mula buat permohonan sekarang. Kongsikan juga berita baik ini kepada rakan-rakan, keluarga dan orang ramai. Mana tahu ada yang lebih memerlukan di luar sana yang kita tidak tahu.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma