Mobile Ehsan JPN: Perkhidmatan Permohonan Kad Pengenalan Untuk Warga Emas, OKU & Pesakit Kronik

Dalam membantu rakyat Malaysia yang mengalami kesusahan untuk membuat urusan permohonan kad pengenalan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), satu perkhidmatan yang dinamakan Mobile Ehsan telah diperkenalkan bagi menguruskan pengenalan diri di seluruh negara yang membabitkan warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan pesakit yang terlantar (kronik).

Langkah itu adalah sebagai satu usaha prihatin dan komited Jabatan Pendaftaran Negara dalam memastikan golongan yang tidak berupaya mendapatkan dokumen pengenalan diri dapat berurusan tanpa perlu hadir ke kaunter JPN.

Isi Kandungan

MOBILE EHSAN JPN (MEKAR)

Program MEKAR merupakan salah satu inisiatif Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam menyantuni rakyat agar kemudahan perkhidmatan dapat dinikmati rakyat terutamanya penduduk di kawasan pedalaman dan luar bandar memandangkan penularan wabak COVID-19 masih tiada hentinya.

Seperti yang kita tahu, golongan warga emas dan yang berpenyakit kronik adalah antara golongan yang mudah terkena jangkitan. Jadi langkah ini adalah penting bagi menyelakkan golongan ini berada di luar kawasan rumah dan pergi ke tempat yang sesak.

Mobile Ehsan JPN: Perkhidmatan Permohonan Kad Pengenalan Untuk Warga Emas, OKU & Pesakit Kronik

CARA DAPATKAN PERKHIDMATAN MOBILE EHSAN JPN (MEKAR)

Sekiranya anda memerlukan perkhidmatan Mobile Ehsan JPN (MEKAR), anda boleh ikut langkah-langkah berikut:

  1. Hubungi Bahagian Khas JPN
  2. Buat temujanji dengan menetapkan tarikh dan masa
  3. Pegawai JPN akan kunjungi rumah anda untuk memproses permohonan anda

Berikut adalah maklumat talian dan email sekiranya anda ingin membuat sebarang temu janji untuk perkhidmatan Mobile Ehsan JPN (MEKAR):

  • Tel: 03 8880 8014 / 03 8880 7077
  • Emel: mekar@jpn.gov.my / pro@jpn.gov.my

Mobile Ehsan JPN: Perkhidmatan Permohonan Kad Pengenalan Untuk Warga Emas, OKU & Pesakit Kronik

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma