Ada Masalah Semasa Mohon i-Citra KWSP? Ini Cara Mudah & Cepat Selesaikan Masalah

Permohonan i-Citra KWSP telah mula dibuka pada 12 Julai 2021. Berikutan dengan penularan wabak Covid-19 yang masih berleluasa dan menyebabkan kerajaan terpaksa mengambil keputusan untuk teruskan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, ramai rakyat Malaysia yang terjejas dari segi pendapatan.

Sejak permohonan i-Citra dibuka, ramai yang terpusu-pusu membuat permohonan dengan harapan dapat bayaran dengan cepat. Walaubagaimanapun, KWSP telah memaklumkan bayaran pertama akan dibuat mulai Ogos 2021.

Terlalu ramai orang masuk ke laman permohonan i-Citra telah menyebabkan sistem menjadi sedikit lambat dan ramai yang mengalami masalah semasa buat permohonan.

Bagi menyelesaikan masalah, anda boleh ikut langkah mudah yang dikongsikan di bawah.

MASALAH DI BAHAGIAN TERMA & PERAKUAN

Rata-rata pemohon di media sosial telah menyatakan masalah yang hampir sama semasa buat permohonan i-Citra iaitu masalah di bahagian Terma & Perakuan. Bagi menyelesaikan masalah ini, anda boleh ikut langkah di bawah:

  1. Untuk buka link Terma & Perakuan, Klik pilihan seperti di gambar kemudian klik “Open In Chrome”
    Ada Masalah Semasa Mohon i-Citra KWSP? Ini Cara Mudah & Cepat Selesaikan Masalah
  2. Bila sampai perkataan “saya dengan ini mengesahkan”, klik perkataan  DI SINI yang berwarna hijau. Kemudian tick pada kotak “saya dengan ini mengesahkan”
    Ada Masalah Semasa Mohon i-Citra KWSP? Ini Cara Mudah & Cepat Selesaikan Masalah

Kemudian anda boleh teruskan permohonan seperti biasa.

PAPARAN TERBAIK UNTUK PERMOHONAN I-CITRA

Untuk paparan terbaik bagi membuat permohonan i-Citra, anda digalakkan menggunakan pelayar web:

  • Google Chrome
  • Safari
  • Opera
  • Firefox
  • Edge

Ada Masalah Semasa Mohon i-Citra KWSP? Ini Cara Mudah & Cepat Selesaikan Masalah

Baca: Cara Mohon Pengeluaran i-Citra KWSP RM5,000 Langkah Demi Langkah

Laman web pada masa ini mungkin agak lambat kerana terlalu ramai orang sedang buat permohonan. Jangan risau, permohonan adalah dibuka sehingga 30 September 2021. Anda boleh buat permohonan bila-bila masa sahaja sehingga tarikh tersebut.

Semak: Syarat Kelayakan Permohonan & Amaun Pengeluaran i-Citra Yang Dibenarkan

Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan i-Citra anda boleh layari laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my atau hubungi Hotlin i-Citra 03-8922 5858.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma