COVID-19: MARA Tangguh Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran & Perniagaan
Susulan daripada penularan wabak Covid-19 yang seang melanda negara, majlis Amanah Rakyat (MARA) telah memberi penangguhan kepada peminjam pelajaran dan perniagaan yang terkesan daripada pandemik itu.
Insentif yang diberikan ini tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan, serta terbukti telah menerima kesan secara langsung akibat daripada wabak Covid-19.
Berikut adalah tempoh penangguhan yang terlibat bagi peminjam pelajaran dan pembiayaan perniagaan.
Isi Kandungan
Penangguhan Peminjam Pelajaran
Kementerian Pembangunan Luar Bandar dalam satu kenyataan hari ini telah memaklumkan, peminjam pelajaran MARA akan diberi penangguhan selama tiga bulan, dengan syarat peminjam tidak mempunyai tunggakan bayaran balik selama tiga bulan.
Jelas kenyataan itu, tawaran penangguhan itu turut meliputi peminjam yang mendapat kemudahan Pendahuluan Pinjaman Pelajaran
Penangguhan Pembiayaan Perniagaan & Diskaun Khas Premis
Pihak kementerian dan MARA juga menyedari komuniti usahawan dan perniagaan adalah yang paling terkesan akibat daripada penularan wabak ini. Justeru, usahawan yang mendapat kemudahan pembiayaan perniagaan MARA pula ditawarkan penangguhan bayaran balik selama enam bulan dengan syarat tidak mempunyai tunggakan bayaran lebih daripada dua bulan.
Diskaun khas penyewaan premis perniagaan MARA sebanyak 30% , turut diberikan kepada semua usahawan yang beroperasi di semua premis MARA.