Permohonan Jawatan Sebagai Pendidik di Institusi Pendidikan MARA Seluruh Malaysia Kini Di Buka

Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), membuka peluang kerjaya kepada individu yang berminat untuk menyertai perkhidmatan sebagai pendidik di Institusi-institusi Pendidikan MARA seluruh Malaysia.

MARA mempelawa individu yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, mempunyai nilai-nilai murni, kemahiran interpersonal, kreatif, inovatif, dan komited untuk menyertai barisan tenaga pendidiknya.

Menyertai MARA sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan memberikan peluang untuk berkhidmat di salah satu institusi pendidikan terkemuka di Malaysia. Jawatan ini bukan sahaja menawarkan ganjaran kewangan yang kompetitif tetapi juga menyediakan peluang perkembangan kerjaya yang berterusan, termasuk pelantikan tetap bagi mereka yang berjaya dalam program Diploma Pendidikan yang diwajibkan oleh MARA.

MARA komited untuk memilih calon-calon terbaik yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Pemohon yang berjaya akan menyumbang kepada pembangunan pendidikan negara melalui MARA, sekaligus memperkasakan masyarakat luar bandar dan berpendapatan rendah. Jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi sebahagian daripada warga pendidik MARA yang berdedikasi dan berwawasan.

Berikut cara untuk anda membuat permohonan mengisi kekosongan jawatan ini.

Jawatan Ditawarkan

  • Jawatan: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
  • Gred Jawatan: DG41
  • Taraf Jawatan: Kontrak
  • Gaji Minimum: RM2,188.00
  • Gaji Maksimum: RM9,552.00
  • Penempatan: Institusi-institusi Pendidikan MARA di seluruh Malaysia

Bidang/Subjek Pengajaran:

MARA menawarkan pelbagai bidang pengajaran, antaranya:

  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Melayu
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Biologi
  • Fizik
  • Geografi
  • Keusahawanan
  • Kimia
  • Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  • Matematik
  • Pendidikan Islam
  • Reka Bentuk dan Teknologi
  • Sains Komputer
  • dan banyak lagi subjek lain yang berkaitan dengan pendidikan.

Syarat-syarat Lantikan

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur: Tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Kelayakan Akademik:
    • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
    • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang pendidikan diiktiraf oleh Kerajaan.
    • Pemohon yang memiliki ijazah dari luar negara perlu memastikan pengiktirafan melalui laman web MQA.
  4. Kemahiran Tambahan:
    • Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
    • Sahsiah keguruan yang tinggi dan pengetahuan mendalam dalam bidang pengajaran.

Cara Memohon

  1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web MARA di https://apps.mara.gov.my/vacancy/.
  2. Tarikh Buka: 02 Ogos 2024 (Jumaat)
  3. Tarikh Tutup: 23 Ogos 2024 (Jumaat) sebelum jam 11:59 malam.
  4. Hanya permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat yang akan diproses.

Iklan Pengambilan


Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma