Manual PdPR KPM: Kaedah Pembelajaran & Pengajaran Di Rumah Sepanjang PKP

Sesi persekolahan tahun 2021 pada hari ini 20 Januari 2021 telah bermula bagi semua institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia di seluruh negara. KPM telah memaklumkan bahawa sesi persekolahan tahun 2021 masih tertakluk kepada Takwim Persekolahan Tahun 2021 yang ditetapkan.

Namun penularan wabak Covid-19 di negara kita yang semakin meningkat telah menyebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara. KPM telah menetapkan semua pelajar meneruskan sesi persekolahan bermula 20 Januari secara PdPR iaitu Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah.

Hanya pelajar peperiksaan penting sahaja akan kembali ke sekolah untuk pembelajaran secara bersemuka.

Sesi persekolahan hari ini telah bermula, ibu bapa sila ambil perhatian dengan kaedah pelaksanaan PdPR yang ditetapkan oleh KPM ini.

PENGAJARAN & PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR)

Berikut adalah beberapa definisi operasi PdPR yang anda perlu tahu:

  • Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ialah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan di rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian.
  • PdPR boleh dilaksanakan dalam talian dan/ atau luar talian dan/ atau off-site dengan berstruktur dan terancang.
  • PdPR dilaksanakan apabila murid tidak dapat hadir ke sekolah dalam satu tempoh yang tertentu atas sebab bencana atau wabak atau sebab-sebab lain dengan kelulusan pendaftar negeri.

PENDEKATAN & KAEDAH PDPR

PdPR boleh dilaksanakan secara dalam talian atau luar talian atau secara off-site. Guru boleh melaksanakan PdPR dengan menggunakan satu daripada kaedah ini atau gabungan kaedah mengikut kesesuaian.

PDPR SECARA DALAM TALIAN

Manual PdPR KPM: Kaedah Pembelajaran & Pengajaran Di Rumah

PdPR secara dalam talian berlaku apabila terdapat capaian Internet dan penggunaan peranti yang membolehkan murid belajar secara real time. Guru boleh melaksanakan PdPR melalui:

  • pelantar pembelajaran seperti Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa), Cikgootube, EduWebTV dan aplikasi media sosial; atau
  • aplikasi seperti Google Meet atau Microsoft Teams secara lintas langsung (live streaming); atau
  • ePermainan (gamification), video, klip audio, eBuku, rakaman atau tugasan dalam talian.

Kaedah PdPR Secara Dalam Talian

Pelaksanaan PdPR memerlukan murid menggunakan peranti berskrin seperti komputer, komputer riba, tablet atau telefon pintar dalam tempoh tertentu. Masa penggunaan peranti ini dikenali sebagai tempoh layar (screen time) murid.

Tempoh waktu layar sehari adalah seperti berikut:

  • Prasekolah: 1 jam
  • Sekolah Rendah: 1 – 2 jam
  • Sekolah Menengah Rendah: 2 – 3 jam
  • Sekolah Menengah Atas: 3 – 4 jam

Guru perlu menetapkan tempoh masa layar yang bersesuaian dengan mengambil kira pandangan ibu bapa/ penjaga.

PDPR SECARA LUAR TALIAN

Manual PdPR KPM: Kaedah Pembelajaran & Pengajaran Di Rumah

PdPR secara luar talian berlaku apabila murid belajar menggunakan peranti seperti komputer, komputer riba, tablet atau telefon pintar tanpa capaian Internet. Pembelajaran juga boleh berlaku apabila murid belajar menggunakan buku teks atau bahan pembelajaran lain.

  • Guru boleh memuat turun bahan-bahan PdP dalam bentuk video, audio, slaid, nota dan latihan
  • Guru juga perlu menetapkan tempoh masa penggunaan peranti secara di luar talian dengan mengambil kira pandangan ibu bapa/penjaga

PEMBELAJARAN SECARA OFF-SITE

Manual PdPR KPM: Kaedah Pembelajaran & Pengajaran Di Rumah

Pembelajaran secara off-site ialah kaedah pembelajaran yang berlaku di lokasi seperti di pusat komuniti, atau di mana mana premis yang diisytiharkan sebagai pusat pemindahan sementara akibat bencana atau wabak.

Pembelajaran boleh berlaku secara kendiri atau dengan bimbingan Academic Support Team (AST) yang terdiri dalam kalangan pegawai PPD atau guru sekolah yang dilantik.

KAEDAH PDPR MENGGUNAKAN MODEL & PROJEK

Manual PdPR KPM: Kaedah Pembelajaran & Pengajaran Di Rumah Manual PdPR KPM: Kaedah Pembelajaran & Pengajaran Di Rumah

PERANAN PIHAK TERLIBAT

Peranan Guru

  • menyusun semula Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan takwim persekolahan yang berkuat kuasa;
  • merancang RPH berdasarkan RPT yang telah disusun dan jadual waktu PdPR supaya kandungan kurikulum dapat disampaikan secara optimum;
  • menentukan kaedah penyampaian yang fleksibel mengikut situasi semasa dengan mengambil kira sumber yang ada pada murid;
  • menyediakan bahan yang mudah didapati, diakses dan bersesuaian dengan kaedah PdPR yang digunakan
  • memastikan murid mendapat tugasan/ latihan yang dirancang oleh guru;
  • menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran seperti kuiz, tugasan/ latihan dan projek untuk menentukan pencapaian murid;
  • mengadakan perbincangan dengan ibu bapa/penjaga untuk menyokong pembelajaran murid di rumah; dan
  • merekodkan penglibatan murid dalam PdPR menggunakan kaedah yang bersesuaian

Peranan Pentadbir

  • memastikan perancangan dan pengurusan PdPR dilaksanakan dengan teliti, cekap dan berkesan untuk mengelakkan pertindanan masa antara mata pelajaran dan lambakan tugasan/ latihan kepada murid;
  • mengatur jadual pembelajaran yang fleksibel bagi menguruskan aktiviti PdPR yang berkesan;dan
  • memantau PdPR yang dijalankan dan memberikan sokongan yang bersesuaian kepada guru

Peranan Ibu Bapa/Penjaga

  • membantu anak/ anak jagaan mendapat maklumat berkaitan sesi PdPR ataupun arahan/ tugasan/ kerja rumah yang diberikan guru; dan
  • membantu anak/ anak jagaan mengakses DELIMa, TV Pendidikan, EduwebTV (koleksi video) dan Cikgootube

Untuk info lanjut mengenai pelaksanaan PdPR, anda boleh rujuk manual lengkap PdPR yang disediakan oleh KPM berikut:

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma