Senarai Manfaat Untuk Golongan Wanita Dalam Bajet 2022

Bajet 2022 dirangka dengan faktor “Wow” yang dikatakan untuk memberi manfaat kepada semua pihak sejajar dengan konsep Keluarga Malaysia yang menjamin tiada seorang pun tercicir daripada agenda pemulihan negara setelah mengalami kesukaran hidup akibat pandemik Covid-19.

Tidak keciciran juga golongan wanita yang juga terkesan. Dalam pembentangan Bajet 2022, pelbagai manfaat juga akan diberikan kepada golongan wanita di Malaysia.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak senarai manfaat yang diberikan kepada golongan wanita dalam Bajet 2022

SENARAI MANFAAT GOLONGAN WANITA DALAM BAJET 2022

Berikut adalah senarai insentif untuk golongan wanita yang dibentangkan dalam Bajet 2022:

Menangani Keganasan Rumah Tangga

  • Pelepasan Cukai Pendapatan
    – Individu sehingga RM3 ribu bagi bayaran yuran taska dan tadika sehingga tahun taksiran 2023
  • Skuad Waja
    – Program kesedaran komuniti berhubung keganasan terhadap wanita
  • RM13 juta khas
    – Bagi Pemerkasaan Bahagian D11 Polis Diraja Malaysia bagi Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak, termasuk pewujudan 100 perjawatan baharu
  • Pusat Sokongan Sosial
    – Menambah Pusat Sokongan Sosial Setempat dan Rumah Perlindungan Khas Wanita bagi melindungi kebajikan mangsa keganasan rumah tangga

Kemiskinan Haid

  • Kit Asas Kebersihan Diri Percuma
    – 130 ribu remaja akan mendapat edaran percuma kit asas kebersihan diri setiap bulan kepada 130 ribu remaja Wanita golongan B40

Kesihatan Wanita

  • Subsidi Ujian Mamogram
    – RM11 juta untuk pemberian subsidi mamogram kepada wanita berisiko tinggi dan ujian saringan kanser serviks

Insentif Lain

  • Program Kasih Suri Keluarga Malaysia
    – RM80 juta untuk Program Kasih Suri Keluarga Malaysia bagi memberi perlindungan sosial kepada suri rumah dan balu hingga umur 55 tahun, melalui caruman ke KWSP dan PERKESO
  • Program DANANITA
    – RM230 juta untuk dana pembiayaan disediakan melalui Program DANANITA di bawah MARA dan TEKUNITA di bawah TEKUN bagi membantu usahawan wanita yang terkesan akibat Covid-19
  • Program MyKasih Kapital
    – Bagi menggalakkan wanita menjana pendapatan dari rumah melalui bantuan asas modal perniagaan dan program bimbingan bagi perniagaan secara dalam talian
  • Yayasan Kepimpinan Wanita
    RM5 juta diperuntukkan kepada Yayasan Kepimpinan Wanita melalui Latihan kepimpinan muda dan program keusahawanan
  • Pelantikan
    – Sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita bagi semua syarikat senaraian awam, berkuat kuasa pada 1 September 2022 bagi syarikat bermodal besar dan 1 Jun 2023 bagi syarikat tersenarai lain
  • Kemudahan Taska Di Bangunan Kerajaan
    – RM30 juta diperuntukkan untuk kemudahan taska di bangunan-bangunan kerajaan buat kaum ibu bekerjaya, terutama di hospital dan universiti awam

Maklumat lanjut mengenai setiap manfaat yang diumumkan ini akan dimaklumkan kemudian setelah mendapat maklumat terbaru.

Baca juga: Syarat Kelayakan & Cara Mohon Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Isi Rumah & Bujang

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma