10 Manfaat Segera Yang Diperolehi Dari Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Yang Perlu Anda Tahu
Penularan wabak COVID-19 yang masih belum berhenti sehingga kini di Malaysia telah menyebabkan rakyat Malaysia mengalami kesusahan bukan sahaja dari segi kesihatan, malah dari segi kehidupan.
Perintah Kawalan Pergerakan yang bertujuan untuk memutuskan rangkaian COVID-19 telah menyebabkan ramai yang kehilangan pendapatan seperti biasa kerana tidak dapat bekerja lagi. Ada juga yang terpaksa dipotong gaji, ada yang tidak boleh menjalani perniagaan sepanjang tempoh PKP.
Namun, kerajaan tidak diam melihat kesengsaraan yang dihadapi oleh rakyat. Perdana Menteri telah mengumumkan perutusan khas Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bagi memberi bantuan kepada rakyat.
Ikuti perkongsian di bawah untuk mengetahui 10 manfaat segera yang diperoleh oleh rakyat dari pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat.
Isi Kandungan
10 MANFAAT SEGERA YANG DIPEROLEH DARI PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT
1 Golongan B40
Golongan B40 adalah individu yang berpendapatan RM4,000 dan ke bawah. Banyak manfaat yang akan diterima oleh golongan ini memandangkan golongan ini adalah mempunyai pendapatan yang paling rendah. Antara manfaat yang diperoleh oleh golongan ini adalah:
- Tangguhan sewa PPR
- Moratorium bayaran pinjaman kereta
- Moratorium bayaran pinjaman rumah
- Moratorium bayaran pinjaman peribadi
- Pinjaman mikro MARA, TEKUN dan AMANAH IKHTIAR
2 Golongan M40
Individu yang tergolong dalam golongan M40 adalah individu yang mempunyai pendapatan isi rumah sebanyak RM4001 hingga RM8,000. Golongan ini merupakan kelas pertengahan dari segi pendapatan. Antara manfaat yang diperoleh daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat adalah:
- Moratorium bayaran pinjaman kereta
- Moratorium bayaran pinjaman rumah
- Moratorium bayaran pinjaman peribadi
- Pinjaman perniagaan
- Pinjaman mikro MARA, TEKUN dan AMANAH IKHTIAR
3 Golongan T20
Golongan T20 adalah individu yang tergolong dalam pendapatan yang tertinggi iaitu RM9,350 dan ke atas sebulan. Golongan ini difahamkan merupakan penggerak ekonomi negara dan majikan kepada golongan B40 dan M40. Golongan ini tidak terkecuali daripada mendapat manfaat seperti:
- Moratorium bayaran pinjaman kereta
- Moratorium bayaran pinjaman rumah
- Moratorium bayaran pinjaman peribadi
- Pinjaman perniagaan
4 Medical Frontliners
Medical Frontliners adalah barisan kakitangan hospital yang banyak berjasa dalam tangani masalah positif COVID-19 di Malaysia. Golongan ini boleh dikatakan golongan yang paling bekerja keras ketika berlakunya peningkatan kes positif di Malaysia hari demi hari. Bagi menghargai jasa yang diperjuang oleh mereka, manfaat yang diperoleh adalah sebanyak RM400 setiap bulan
5 Rela & Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia
Anggota rela dan agensi penguatkuasa Maritim Malaysia juga berjuang dengan gigih sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berlaku. Mereka lah antara individu yang menjadi tulang belakang negara dalam membendung manusia yang ingkar perintah yang ditetapkan. Oleh itu, mereka juga memperoleh manfaat sebanyak RM200 setiap bulan atas jasa yang dilakukan.
6 Angkatan Tentera, Polis, Bomba & Kastam
Sama seperti anggota tadi, angkatan tentera, polis & kastam juga berjuang dalam memastikan rakyat sentiasa mengikut perintah yang ditetapkan. Walaupun dilihat sehingga kini masih ramai rakyat yang ingkar dengan perintah, angkatan ini tidak berputus asa dalam membuat operasi untuk menangkap individu yang ingkar. Ini adalah demi kesejahteraan negara. Angkatan ini juga akan menerima manfaat sebanyak RM200 setiap bulan.
7 Anak Muda
Tidak dilupakan juga golongan anak muda di negara kita. Golongan inilah yang bakal menjadi pemimpin negara dan yang menentukan kesejahteraan negara kita pada masa hadapan. Anak muda di negara ini akan menerima manfaat penangguhan bayaran PTPTN selama 6 bulan serta penangguhan bayaran balik pinjaman pembayaran MARA.
8 E-Hailing
Dengan masalah penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat ini dan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang ditambah 2 minggu lagi, pencari rezeki melalui melakukan perkhidmatan e-hailing pasti banyak terjejas dari segi pendapatan kerana tidak ada lagi orang menggunakan perkhidmatan ini dalam tempoh PKP ini. Jadi, kerajaan telah memberi manfaat kepada e-hailing sebanyak RM500 bantuan secara one-off.
9 Pemandu Teksi
Sama seperti e-hailing, pemandu teksi juga banyak terjejas pendapatannya memandangkan tiada pelanggan yang menggunakan perkhidmtan teksi ketika PKP berlangsung. Dengan itu, kerajaan telah memberikan bantuan sebanyak RM600 kepada setiap pemandu teksi.
10 Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS)
Tidak dilupakan perusahaan kecil dan sedehana (PKS) di negara kita yang banyak terjejas pendapatannya akibat daripada PKP yang berlangsung dan penularan wabak COVID-19 yang meningkat ini. Individu dalam PKS yang sentiasa mengharapkan wang pendapatan hasil jualan kini terpaksa menghentikan perusahaan seketika sehingga tempoh PKP tamat. Namun, golongan PKS ini akan menerima manfaatpenangguhan cukai korporat.
Walaupun ramai orang terpaksa mengalami kesusahan, pihak kerajaan tidak akan berhenti menguhulurkan bantuan kepada rakyatnya. Namun kita sebagai rakyat mestilah bertanggungjawab dalam mengkuti perintah yang ditetapkan bagi memutuskan rangkaian COVID-19.