Pakej Kita Selangor: Senarai Manfaat Buat Rakyat Selangor Hadapi Cabaran Covid-19

Kerajaan negeri Selangor telah mengumumkan Pakej Kita Selangor dengan matlamat untuk mengurangkan bebanan rakyat negeri ini dalam menghadapi penularan wabak Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Pakej Kita Selangor ini bakal memberi implikasi kewangan berjumlah RM73.899 juta kepada kerajaan negeri.

Semak senarai manfaat yang disediakan oleh kerajaan negeri melalui Pakej Kita Selangor buat rakyat negeri Selangor.

MANFAAT PAKEJ KITA SELANGOR

Saringan Bersasar

RM6 juta peruntukan disediakan untuk memberikan saringan bersasar secara PERCUMA kepada:

  • Manfaat kepada 50,000 rakyat negeri Selangor
  • Fokus kepada golongan sasaran berikut:
    – Warga emas yang berisiko tinggi, khususnya yang berusia di pusat penjagaan warga emas dan pusat Haemodialysis seluruh Selangor
    – Golongan B40; dan
    – Mahasiswa Anak Selangor

Pakej Kita Selangor: Senarai Manfaat Buat Rakyat Selangor Hadapi Cabaran Covid-19

Bantuan Makanan Kepada Fronliners

RM3 juta telah diperuntukkan melalui MBI untuk:

  • Bantuan makanan tengahari dan malam
  • Diberikan kepada petugas-petugas hospital
  • Anggota polis dan angkatan tentera Malaysia

Pakej Kita Selangor: Senarai Manfaat Buat Rakyat Selangor Hadapi Cabaran Covid-19

Inisiatif Peduli Anak Barisan Hadapan

Inisiatif cakna anak barisan hadapan melibatkan peruntukan RM1 juta untuk:

  • Pembukaan dan pengoperasian taska dan pusat jagaan sementara di hospital-hospital awam dan premis sementara bagi penjagaan anak-anak fronliners
  • Percuma untuk tempoh 2 bulan bermula 25 Januari
  • Manfaat kepada hampir 400 keluarga

Pakej Kita Selangor: Senarai Manfaat Buat Rakyat Selangor Hadapi Cabaran Covid-19

Pengecualian Bayaran Sewa PPR

Inisiatif pengecualian dan penangguhan bayaran sewa bagi Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Council Homes melibatkan peruntukan RM1.7 juta:

  • Pengecualian bayaran sewa untuk 1 bulan bagi Januari 2021 dan penangguhan sewa 2 bulan iaitu Februari dan Mac 2021
  • Manfaat kepada 2,361 unit penyewa PPR

Pakej Kita Selangor: Senarai Manfaat Buat Rakyat Selangor Hadapi Cabaran Covid-19

Pengangkutan Pesakit Covid-19 Berisiko Rendah

Kerajaan negeri juga menyediakan perkhidmatan Bas Smart Selangor secara PERCUMA untuk:

  • Mengambil dan menghantar pesakit ke pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC) di MAEPS, Serdang

Pakej Kita Selangor: Senarai Manfaat Buat Rakyat Selangor Hadapi Cabaran Covid-19

Write-Off Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor

Implikasi kewangan sebanyak RM7.177 Juta bagi:

  • Melupuskan Pinjaman 762 orang peminjam

Pakej Kita Selangor: Senarai Manfaat Buat Rakyat Selangor Hadapi Cabaran Covid-19

Pakej Kita Selangor: Senarai Manfaat Buat Rakyat Selangor Hadapi Cabaran Covid-19

BELANJAWAN SELANGOR YANG DISEGERAKAN

Dalam Pakej Kita Selangor, kerajaan juga menyegerakan bantuan dalam Belanjawan Selangor 2021 seperti berikut:

Pakej Kita Selangor: Senarai Manfaat Buat Rakyat Selangor Hadapi Cabaran Covid-19

Inisiatif diumumkan ini adalah merupakan usaha kerajaan negeri dalam membantu rakyat mendepani cabaran susulan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pakej bantuan ini membuktikan kerajaan negeri sentiasa komited dalam membantu rakyat meringankan beban ketika dalam kesusahan.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma