Maksud Golongan Rentan & Individu Yang Tergolong Dalam Golongan Ini

Seringkali kita dengar perkataan “Golongan Rentan” ketika kerajaan mengumumkan sebarang bantuan dalam membantu rakyat. Biasanya golongan ini akan diberi keutamaan dalam bantuan termasuk pekerjaan kerana kesukaran hidup yang dialami mereka. Namun pasti ramai yang tak tahu apa maksud golongan rentan dan siapa yang termasuk dalam golongan ini.

Merujuk kepada United Nation Electronic Government Development Index Survey (UNEG-DI), Golongan rentan atau vulnerable groups terdiri daripada Wanita, Warga Emas, Orang Kelainan Upaya (OKU), Orang Miskin, Belia, Pelarian atau Imigran.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui maksud golongan rentan dan senarai individu yang tersenarai dalam golongan rentan.

MAKSUD GOLONGAN RENTAN

Merujuk kepada United Nation Electronic Government Development Index Survey (UNEG-DI), Golongan rentan atau vulnerable groups terdiri daripada :

  • Wanita,
  • Warga Emas,
  • Orang Kelainan Upaya (OKU),
  • Miskin tegar,
  • Belia,
  • Pelarian atau Imigran.

Miskin Tegar

Akta Orang Papa 1977 telah mengariskan definasi orang papa adalah seseorang yang didapati mengemis di sesuatu tempat awam dengan sebegitu cara hingga menyebabkan atau mungkin menyebabkan kegusaran kepada orang-orang yang lazim mengunjungi tempat itu ataupun hingga mengadakan kacauganggu atau seseorang peleser yang dijumpai di sesuatu tempat awam sama ada atau tidak ia mengemis, yang tidak mempunyai mata pencarian pada zahirnya atau tempat tinggal. Perkhidmatan yang disediakan adalah di bawah KPWKM dan agensi di bawahnya seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Wanita

Pelbagai perkhidmatan yang telah disediakan kepada golongan wanita khususnya di bawah KPWKM dan agensi di bawahnya seperti Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW). Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah skim bantuan kewangan bagi ibu tunggal, klinik sudfertiliti, mamogram dan pendaftaran bagi ibu tunggal. Kerajaan juga menyediakan program bantuan rumah dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Warga Emas

Warga emas ditakrifkan individu yang berumur 60 tahun dan ke atas. Takrifan ini berpandukan kepada takrifan yang dibuat di World Assembly On Ageing 1982 di Vienna. Perkhidmatan yang disediakan adalah di bawah KPWKM dan agensi di bawahnya seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Di antara perkhidmatan yang disediakan untuk golongan ini adalah bantuan kewangan, pusat aktiviti warga emas dan program penyayang warga emas.

Orang Kurang Upaya

Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, “OKU termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam  masyarakat”. Kerajaan tidak meminggirkan golongan OKU malah turut menyediakan perkhidmatan untuk golongan ini.

Imigran

Kerajaan Malaysia telah menawarkan program Malaysia Rumah Kedua bagi membenarkan warga asing yang memenuhi kriteria tertentu, untuk tinggal di Malaysia untuk seberapa lama yang boleh pada pelbagai kemasukan pas lawatan sosial.

Belia

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) (http://www.kbs.gov.my/) bermula pada tahun 1953 dengan tertubuhnya Bahagian Kebudayaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah diberi tanggungjawab mengenai belia. Seterusnya pada tahun 1964 Bahagian Kebudayaan ini telah dipindahkan di bawah Kementerian Penerangan. Dalam masa yang sama berikutan kegiatan belia secara berpersatuan yang semakin berkembang, maka bagi tujuan memupuk serta memantau perkembangan tersebut, Bahagian Belia telah ditubuhkan di bawah kementerian berkenaan. selain itu di bawah Kementerian Penerangan ini juga telah ditubuhkan Bahagian Sukan.

PERKHIDMATAN KEPADA GOLONGAN RENTAN

Kerajaan telah membangunkan perkhidmatan-perkhidmatan yang khusus kepada golongan rentan. Perkhidmatan yang ditawarkan melibatkan beberapa kementerian antaranya:

  • Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM),
  • Kementerian Belia dan Sukan (KBS),
  • Kementerian Sumber Manusia (MOHR),
  • Kementerian Dalam Negeri (KDN),
  • Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW),
  • Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA).

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda kenali dan ketahui lebih lanjut berkenaan golongan rentan. Untuk ketahui program-program perkhidmatan yang disediakan kepada golongan rentan, anda boleh rujuk di laman web https://www.malaysia.gov.my/.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma