5 Maklumat Ini Dah Tak Relevan Dalam Resume 2020 Anda. Sila Semak dan Buang
Permohonan kerja tahun 2020. Sedar tak anda yang industri sekarang makin sibuk, tidak lagi seperti dulu. Majikan sekarang hanya mahukan sesuatu perkara yang ‘ringkas tapi padat’.
Salah satu contoh paling ketara adalah resume untuk kita mohon kerja, kita semua tahu bahawa majikan kini lebih gemar resume yang tidak melebihi 3 muka surat.
Resume yang bagus infonya pendek namun padat untuk memudahkan majikan membaca butiran penting anda. Namun butiran-butiran peribadi amatlah penting untuk diletakkan bagi memperkenalkan kepada majikan. Kalau sebelum ini segelintir butiran dianggap penting dalam resume, tapi bila dah masuk 2020. Butiran ini sudah dianggap lapuk, lihat apa butiran tersebut dan update resume anda sekarang!
1. Buang Butiran Semasa Zaman Pengajian Kolej Anda
Terlalu banyak details mengenai zaman kolej mengganggu ruang dalam resume anda. JIKA ANDA BUKAN GRADUAN MUDA butiran ini dah tak relevan lagi bagi majikan. Mereka takkan pandang lagi segala penglibatan kurikulum, ahli kelab persatuan, CGPA semua itu.
Hanya kekalkan apa yang perlu dalam resume anda mengikut peredaran semasa anda. Jika anda dah graduate lebih dari 10 tahun, maka butiran lanjut semasa anda di kolej adalah tidak relevan lagi.
2. Bahasa
Kebolehan anda berbahasa bukan tidak penting. Namun sila sesuaikan dengan permohonan kerja anda. Majikan dah tak hairan dengan bahasa lagi dah, melainkan kerja yang anda mohon ada melibatkan penggunaan bahasa asing sebagai syarat utama permohonan jawatan.
Namun, kebolehan berbahasa ini boleh diletakkan jika anda sememangnya fasih bahasa ketiga. Ikutkan logik, boleh dikatakan semua industri memerlukan anda fasih dalam Bahasa Melayu & Inggeris.
3. Internship, Anugerah Serta Penghargaan Yang Anda Pernah Terima
Tanya diri anda, releven lagi tak maklumat mengenai internship, anugerah dan penghargaan semasa belajar yang pernah anda terima dahulu. Perlu tak semua butiran ini dalam permohonan kerja baru? Kalau tak perlu dan relevan, sila buang! Tapi jangan lupa bahagian ini kalau semua ini ada kaitan dengan bidang kerja baru tu.
4. References atau Rujukan
Anda boleh maklumat references atau rujukan sekiranya di minta. Namun, apa yang terbaik anda cuba dapatkan bantuan ulasan daripada eksekutif yang anda kenal adalah jauh lebih penting daripada hanya sekadar letak namanya.
5. Tempoh Perkhidmatan Kerja Untuk Mengukur Pengalaman
Berapa lama anda dah kerja di sesebuah syarikat bukan lagi aset utama untuk mengukur ‘kehandalan’ kerja anda. Ia hanyalah sebagai jangkaan untuk membuat perundingan gaji sahaja.
Apa kata semak resume anda sekarang. Ada tak butiran-butiran yang anda tidak perlukan dan buat pembaikan.