Peranti Percuma Mahasiswa Perlu Dipulang Semula Atau Tidak? Ini Penjelasan PM Yang Terkini

Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan inisiatif untuk menyediakan peranti kepada mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 bagi memastikan proses pengajian para mahasiswa terus terpelihara.

Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah di bawah Belanjawan 2022 yang diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dengan kerjasama daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Sebelum ini kerajaan telah memaklumkan peranti percuma yang diterima melalui inisiatif PerantiSiswa perlu dipulangkan semula melalui Kaedah Guna Pakai (KGP). Namun Perdana Menteri kini telah membuat makluman baharu.

PERANTI PERCUMA PERANTISISWA TIDAK PERLU DIPULANGKAN

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini telah memaklumkan penerima PerantiSiswa Keluarga Malaysia perlu memulangkan peranti percuma itu dan telah menetapkan Inisiatif PerantiSiswa itu diberikan secara Konsep Guna Pakai (KGP), yang mana mahasiswa perlu memulangkannya selepas tamat pengajian.

Namun TERKINI Perdana Menteri telah memaklumkan:

  • penerima PerantiSiswa Keluarga Malaysia kini TIDAK LAGI PERLU memulangkan peranti itu, seperti mana yang ditetapkan sebelum ini.

Keputusan itu dicapai susulan maklum balas pertemuan antara Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa dan Majlis Perwakilan Pelajar pada 15 Ogos lepas.

“Sukacita saya mengumumkan, bahawa Kerajaan bersetuju untuk memberikan terus tablet berjenama ini kepada penerima PerantiSiswa. Jadi tidak perlu pinjam tidak perlu pulang balik. Kerajaan beri terus kepada penerima”

60,000 PENERIMA MANFAAT PERANTISISWA

Sebelum ini dilaporkan dijangka 60,000 pelajar akan menerima manfaat dan permohonan yang dibuka secara dalam talian sejak 15 April hingga 15 Mei lepas bagi fasa pertama telah menerima kira-kira 100,000 permohonan.

Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah inisiatif kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti tablet kepada setiap pelajar B40 di IPT. Tablet jenama Samsung telah dipilih sebagai pemenang tender bagi program berkenaan untuk membekalkan peranti itu mengikut lima zon iaitu Zon Sabah dan Sarawak, Zon Utara, Zon Tengah, Zon Timur dan Zon Selatan.

Kerajaan juga bersetuju untuk memanjangkan tempoh pendaftaran Pakej Remaja Keluarga Malaysia, bertujuan untuk memastikan lebih ramai golongan pelajar dan remaja memperoleh akses Internet untuk pembelajaran talian dari rumah tanpa kekangan data.

Keputusan pemanjangan tempoh ini diharapkan memberi peluang kepada lebih ramai remaja dan pelajar untuk melanggan Pakej Remaja Keluarga Malaysia yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan mudah alih.

Bagi yang sudah buat permohonan PerantiSiswa yang dibuka sebelum ini, anda bolah mula buat semakan status kelayakan di pautan berikut:

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PERANTISISWA

Mahasiswa yang tidak layak atau belum pernah memohon masih boleh buat permohonan baru PerantiSiswa melalui pautan berikut:

PERMOHONAN BARU PERANTISISWA

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma